Peria Katak Sebagai Ubat Kencing Manis Tradisional!

Betul ke makan peria katak bagus untuk kencing manis? Dah lah pahit. Buruk pulak tu!
Peria katak ubat kencing manis


Apa yang kita makan setiap hari akan menentukan kesihatan kita jangka masa panjang. Jika hari ini kita menghidap kencing manis, mesti diet yang kita amalkan selama ini kurang sihat.

Sekarang ini, macam mana kita nak kawal gula dengan makanan? Memang ada makanan yang boleh membantu kita mengawal kencing manis.


Salah satu sayur yang telah digunakan sekian lama untuk membantu merawat kencing manis secara tradisional adalah peria katak. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis tradisional yang di amalkan di seluruh dunia.)
Anda nak tahu khasiat peria katak untuk diabetes? Teruskan baca sampai habis.




Peria katak untuk ubat kencing manis?






Sayur yang pahit ini telah di gunakan sekian lama di seluruh dunia, seperti India untuk kencing manis. 

Mama kongsi sedikit tentang peria katak, orang cakap tak kenal maka tak cinta kan?

  • Nama saintifik bagi peria katak ialah Momordica Charantia.
  • Ia termasuk dalam keluarga Cucurbitaceae.
  • Rupanya yang menggerutu dan mempunyai rasa yang sangat pahit. 
  • Mudah di dapati di negara beriklim tropika dan subtropika seperti Asia, Amerika Selatan & carribean.
  • Banyak kajian telah di lakukan mengenai khasiat peria katak, dan didapati mengandungi sebatian kimia bernama charantin untuk mengurangkan glukosa dan sebatian lain menyerupai insulin bernama Vicine dan polipeptida-P.
  • Sayur peria kurang kandungan kalori malah kaya pula dengan khasiat diperlukan badan. Antara nutrien yang terkandung di dalamnya ialah vitamin B1, B2, dan B3, C, magnesium, folat, zink, fosforus, mangan, serta serat yang tinggi. 
Mama pasti, ramai dari kita makan peria katak kerana khasiatnya untuk kencing manis. Ini kerana peria katak mampu mengurangkan rintangan insulin dalam badan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.
Baca lebih lanjut tentang panduan mengawal kencing manis melalui ubat moden & tradisional.

Sebab itu ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu badan mengawal paras gula darah dengan baik.


Bagaimana ia berfungsi.

Bagaimana peria katak berfungsi sebagai ubat kencing manis dalam mengawal paras gula?

Hormon insulin dihasilkan badan untuk menurunkan menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.  Organ yang mengeluarkan hormon insulin dalam badan kita ialah pankreas. 

Pesakit kencing manis mempunyai kurang kemampuan untuk menukarkan kadar gula dalam darah kepada tenaga dengan baik. Ini di sebabkan oleh rintangan insulin.


Kesannya, kadar gula darah meningkat lebih dari paras sihat. 


Peria katak mempunyai paling minumum 3 jenis bahan aktif dengan kemampuan mengurangkan kesan penyakit kencing manis. Bahan tersebut ialah
  • Charantin - kajian menunjukkan ia mempunyai kesan menurunkan gula dalam darah.
  • Vicine 
  • Plipeptida-p.
  • Peria juga mempunyai bahan bernama Lectin yang berfungsi mengurangkan paras gula dalam darah  yang memaikan peranan pada tisu peripheral. Bahan ini di percayai menghasilkan kesan menurunkan gula (hipoglisemik) selepas pengambilan peria katak.
Bahan bahan ini mempunyai peranan masing masing untuk membantu mengurangkan tahap glukosa darah. 

Seperti makanan lain, pengambilan peria katak secara terkawal dan tidak berlebihan akan memberi manfaat kepada kesihatan. Mama nasihatkan untuk dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba.


Mengambil sesuatu secara berlebihan akan memberikan mudarat. Pandangan dan nasihat doktor akan memberikan kita pencerahan.


Kajian sains.

Kajian tentang kencing manis dan peria katak?

Seperti yang Mama kongsikan di awal artikel, saintis dah banyak kaji tentang sayur ini. Di bawah ini Mama berikan beberapa penemuan dari kajian yang pernah di lakukan.

Beberapa kajian klinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan peria dalam rawatan diabetes:-
  1. Kajian yang di terbitkan di Journal of Ethnopharmacology pada tahun 2011 - Kajian klinikal  selama 4 minggu menunjukkan pengambilan dos harian 2000 mg peria mampu mengurangkan paras gula darah pesakit diabetes jenis 2.
  2. Kajian yang diterbitkan di Journal of Clinical Epidemiology pada tahun 2007 - Kajian gagal membuktikan apa apa kebaikan peria untuk mengawal kencing manis jenis 2.
  3. Kajian yang di terbitkan di British Journal of Nutrition pada tahun 2009 - Kajian ini menyebut lebih banyak ujian klinikal harus dijalankan untuk membuktikan manfaat untuk penyakit kencing manis.
  4. Laporan yang diterbitkan di dalam Kimia dan Biologi pada tahun 2008 - Laporan ini berkongsi peria meningkatkan pengambilan gula pada tahap sel dan meningkatkan toleransi gula dalam badan.  

Kebaikan peria untuk diabetes.

Apakah kebaikan mengambil peria bagi pesakit kencing manis?

Walaupun kajian tentang khasiat peria masih di jalankan secara berterusan, dan belum menjumpai lagi bukti bukti konkrit. Di bawah ini Mama senaraikan kebaikan pengambilan sayur ini kepada kesihatan penghidap kencing manis.

Orang putih kata "take with a pinch of salt" yang bermaksud, sebelum menerima sesuatu perkara buat kajian dulu. Mungkin ada yang betul, ada pula yang kurang tepat.


Cuma, tak salah pun kita makan peria ni asalkan jangan berlebihan.

1. Melancarkan proses menghadamkan karbohidrat.

Enzim yang terkandung di dalam peria membantu memecahkan gula disakarida kepada bentuk monosakarida (dari bentuk lebih kompleks kepada lebih ringkas). Kesannya, mengurangkan glukosa yang di bebaskan ke saluran darah. 

2. Menurunkan paras gula dalam darah.

Mengamalkan peria dalam diet dipercayi mampu menurunkan tahap gula darah di seluruh badan. Sayur peria menolong proses metabolisme gula dalam badan melalui kandungan 2 sebatian aktif charatin & momordicin. Bahan ini mempengaruhi penurunkan gula dalam darah.

3. Menaikkan pengeluaran hormon insulin dalam badan.

Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis. Bagi penghidap diabetes jenis1, pankreas tidak mampu untuk mengeluarkan insulin pada kuantiti yang di perlukan badan. Pemgambilan peria dipercayai membantu mengurangkan masalah ini.


4. Mengurangkan kesan rintangan insulin.  

Kajian saintis telah menemui sebatianglikosida asid oleanolic di dalam peria yang mampu menambahkan toleransi glukosa pada penghidap diabetes jenis 2.

Anda tahu apa itu rintangan insulin? Keadaan berlaku bukan kerana badan kita tidak menghasilkan hormon insulin dengan cukup. Tapi badan kita kurang bertindak balas sebaiknya kepada hormon ini menyebabkan gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sebaiknya.



5. Membantu badan berasa lebih bertenaga.

Dengan khasiat bahan yang terkandung di dalam peria katak, badan kita mampu menukarkan gula kepada tenaga dengan lebih baik. Hasilnya secara tak langsung, badan lebih bertenaga dan tidak mudah penat.


6. Baik untuk penglihatan yang lebih baik.

Sayur peria katak mengandungi kandungan beta-karotene yang di perlukan badan untuk memelihara kesihatan mata.

Banyak lagi kebaikan makan sayur yang pahit ini untuk kesihatan.

Tapi, sekali lagi Mama nak pesan. Makan secara sederhana ya sebab mengambil lebih dari perlu akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan.

Bahaya ke?

Kalau nak tahu, teruskan membaca.

Kesan sampingan.

Apa mudarat jika mengambil peria katak secara berlebihan?

Kalau kita pergi ke kedai jamu dan juga melayari internet. Banyak produk di pasaran yang menggunakan peria katak untuk mengawal kencing manis. Mereka boleh claim khasiatnya yang sangat banyak untuk mengawal gula dan kencing manis.

Tapi, harus diingat. Dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan paras gula dalam darah jatuh merudum macam pasaran saham semasa gawat.

Turun selebat lebatnya macam hujan ribut. Keadaan gula darah terlalu rendah ini di kenali sebagai  hipoglisemia. Jadi, elakkan memakan terlalu banyak peria.

Ataupun pengambilan ubat kencing manis tradisional berasaskan peria tanpa pemantauan doktor.

Jika kita sedang makan ubat yang di berikan doktor untuk merawat kencing manis, kemudian mengambil peria dalam diet, nasihat dari doktor boleh memastikan kita mengelak hypoglisemia.

Selain menurunkan paras gula terlalu rendah, mengambil peria berlebihan juga boleh mengakibatkan sakit perut & cirit birit.

Cara makan.

Bagaimana cara makan peria katak untuk ubat kencing manis yang selamat?

Selepas kita mendapatkan pandangan dan kebenaran dari doktor untuk memakan peria, ada 2 cara boleh kita amalkan untuk amalan seharian. 


jus Peria katak ubat kencing manis

Cara 1 : Makan peria secara langsung / terus.

Di internet ada banyak resepi sayur peria yang sedap sedap belaka. Boleh tumis dan buat gulai. Atau, kalau ada lalu, boleh juga buat jus.

Terpulang kepada tekak masing masing. Mama lebih suka makan gulai peria goreng. Tak pernah lagi buat jus.

Cara 2 : Mengambil makanan tambahan berasaskan peria.

Ada banyak produk yang di jual mengandungi pati peria. Cara ini mungkin lebih sesuai untuk mereka yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit. Tapi, cara kedua ini lebih berisiko berbanding cara pertama.

Ini kerana produk yang di jual mungkin mengandungi campuran bahan lain. Dan mungkin juga kita terambil lebih dari perlu menyebabkan hypoglisemia. 


Kesimpulan tentang peria katak dan kencing manis.

Buah peria memang banyak khasiatnya, mengambilnya dengan betul akan memberikan manfaat untuk pesakit kencing manis. Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor supaya kita mendapat kebaikan dari kandungan yang terdapat di dalamnya. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis yang ada di pasaran)

Terima kasih kerana membaca blog Mama. (Disclaimer, Mama bukan doktor. Cuma kongsi info tentang kesihatan untuk pembacaan diri sendiri saja. Jika anda mahukan kepastian, dapatkan konsultasi dari doktor. Mama tidak akan bertanggungjawab atas mudarat yang berlaku sekiranya anda menggunakan apa yang ada di sini.)

Peria Katak Sebagai Ubat Kencing Manis Tradisional! Reviewed by Mama Hakim on June 25, 2018 Rating: 5

27 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih sis Mrs Velentine sebab singgah sini. Semoga bermanfaat

      Delete
    2. Selamat bercuti di hujung minggu, Ibu singgah blogwalking pagi ahad di blog sis Mama hakim. Bolehlah masak peria hari ni

      Delete
  2. favorite saya ni, rebus dan buat ulam cicah sambal belacan atau budu tak pun buat goreng tepung..xperlu nasi..kunyah macam keropok jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah boleh makan dengan budu ya. Cecah sambal pedas pun sedap ni

      Delete
    2. Mama buat tumis air je. Ada orang memang suka minum jus peria

      Delete
    3. Janji kita amalkan supaya nampak hasilnya

      Delete
  3. Mak ana kadang-kadang buat jus. Ana mampu tengok je mama. Tak sanggup nak minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, Mama pun tak sanggup minum. Mak Ana mesti awet muda sebab selalu amalkan petua macam ni.

      Delete
    2. Selalu juga dengar petua ni dari orang tua tua. Ramai juga yang buat

      Delete
    3. Itu untungnya kalau tahu terus buat

      Delete
  4. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis Mama hakim. Jus peria pun orang sanggup minum klau nak sihat kan

    ReplyDelete
  5. singgah sini, mama peria katak selalu tengok abah buat jus mesing sekali dengan buah apple.. seminggu sekali buat// memang bagus untuk buah pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah respek dekat mak wani. Jaga kesihatan. Rasanya tambah epal sedap juga tu.

      Delete
    2. Ini kalau duduk sebelah sebelah dengan anak perempuannya mesti orang ingat kakak dan adik. Sebab jaga makan jamu, awet muda

      Delete
  6. Chik Tie suka makan peria ni. Makan dengan nasi panas, sambal belacan atau budu, Aduhhh memang tak sedar lah berapa kali menambah haha

    ReplyDelete
  7. antara sayur yang pantang sekali saya nak makan..

    bukan apa..

    pahitnya...Allah sahaja yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis, maznee tumpang lalu. Singgah blog walking. Rupa peria memang tak cantik, tapi hatinya baik

    ReplyDelete
  9. Ini antara sayur paling saya benci. Kelat pahit. Tak sedap. Tapi tak di nafikan khasiatnya banyak

    ReplyDelete
  10. Saya memang cukup tak suka makan peria. Masa akan datang wallahualam.

    ReplyDelete
  11. one of my favorite sayur ni sis, baru je tanam 2 pokok kat rumah, nanti dah berbuah saya update :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tahniah Aju. Maznee pun tak berapa suka makan sayur kelat ni. Makan sikit sikit boleh lah. Tapi hairannya petai Maznee makan pulak. Hehe

      Delete
  12. Auntie cukup suka makan peria. Sedaplah. MAsak ulam air.

    ReplyDelete
  13. MZ tak pernah try lagi peria katak ni.. hurmhhh..

    ReplyDelete
  14. dulu tak reti makan tapi sejak dok hostel ade kadang2 dapat menu ni.. nak xnak kena makan. eeeh sedap je sbenarnya =D

    ReplyDelete
  15. Saya suka makan ni, kalau kena gaya tukang masak..memang sedap dan tak pahit. Sedap sangat!

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.