Top Ad unit 728 × 90

Tadika Pra Tahfiz Az Zahrah di Klang. Memang Terbaik!

Assalamualaikum Wrmbth, Siapa tahu 3 perkara yang tak akan putus walaupun selepas kita tiada?


anak soleh



Tali akan putus

Duit akan habis

Dah ada jawapannya?

Jawapannya

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

Jadi ada 3 kan
  1. Sedekah jariyah
  2. ilmu yang di manfaatkan
  3. Doa anak yang soleh
Dan

Kalau kita fikirkan, sebenarnya besar amanah nak besarkan anak.

Sebab anak yang kita besar kan, setiap masa, usaha & tenaga adalah sedekah.

Apa apa ilmu yang kita ajar pada anak anak

Semua jadi ilmu yang bermanfaat

Dan 

Jika anak kita menjadi anak yang soleh

Sudah pasti mereka akan mendoakan kita walaupun setelah kita tiada

Sebab itu, kami suami isteri nak anak anak

Boleh bawa diri

Dan

Selamat dunia akhirat.

Hantar anak pergi kelas al quran dari kecil

Dunia akhir zaman ni, al quran mesti ada di dada untuk pedoman hati.

Jadi

Kami dah mulakan usaha ini 5 bulan lepas.

Anak kami, Hakim di hantar ke kelas al quran untuk kanak kanak

Alhamdulillah, perkembangan positif memang banyak

Hakim ni anak istimewa

Ada "mild autism"

Tapi cikgu & doktor sangat galakkan hantar Hakim bergaul dengan kanak kanak biasa

Semoga dapat pengaruh baik

Pagi kami hantar Hakim  ke sekolah NASOM. Latih percakapan & pembelajaran duniawi

Tapi kan

NASOM tak ajar agama islam.

Walaupun dia anak istimewa, kami yakin al quran itu ada syafaatnya.

Terutama untuk anak anak ini.

Jadi pergi sekolah sekular. Petang kelas al quran.

Cuba seimbangkan

Tapi

Banyak betul tapinya

Sekolah petang Hakim nak pindah pula.

Baru nak rasa selesa sikit kan

Hehe

Allah uji sikit je.

Bila cikgu & Hakim dah selesa. Jadi macam ni pula

Maka carilah lagi sekolah lain

Hmm. 

Kami usahakan untuk hantar ke tadika lain yang ada program al quran

Kawasan Klang ni, tadika ada banyak

Cabarannya

Tak semua tadika terima anak istimewa seperti Hakim

Selepas puas bertawakal berusaha & berdoa.

Akhirnya kami bertemu dengan tadika ini

Program Pra Tahfiz di Tadika Az zahrah Klang

Tadika ini tak jauh pun dari rumah kami

Tadika az zahrah klang

Kalau tak sesak dalam 15 minit insyaallah sampai. Dan review ini bukan berbayar ya

Kami buat sukarela




Alamat tadika ini



Tadika Ceria Az Zahrah

476, Jalan Sungai Udang, Kampung Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor, Malaysia

Ini pula pandangan dari google street view






Apa yang menarik tentang tadika ini?

Dari luar mungkin nampak biasa saja kan. Godek godek sikit laman web mereka ni

Pengasas pun ada pengalaman luas bahagian kanak kanak

Jadi hati tu rasa yakin.

Moga moga lah mereka terima Hakim.


Kalau dah usaha, dan cuba sebaik mungkin. Tapi Allah tak izinkan. Tak mengapa

Kita cuba dulu

Kemudian pada pertengahan bulan ogos 2017. 

Kami lawati tadika ni suami isteri

Hakim pun kami bawa sekali

Alhamdulillah

Agaknya berkat musim haji tahun tu. Hari jumaat pula tu

Hakim dapat tempoh percubaan 1 minggu

Dan 

Kami pun boleh faham, andai kata mereka tak terima Hakim

Sebab anak istimewa ni cara belajarnya tak sama

Khuatir nanti "flow" pembelajaran anak anak lain tidak berjalan lancar

Mujur

Sebelum ini mereka pernah menerima pelajar dari NASOM

Dan anak ini juga terkawal tingkah lakunya

Kira dapat tiket 

Dari senior hakim lah ni. Ada testimoni pelajar lepas senang kan. Kalau nak pilih kontraktor rumah pun elok pilih betul betul

Apa lagi untuk sekolahkan anak

Analoginya sama saja. Kalau bina rumah banglo, tapaknya kena kukuh. Nak bina manusia, asas sahsiah & agama kena kukuh juga

Jadi bagaimana keputusannya selepas 1 minggu?

tadika az zahra di media
Tadika Az zahrah di media
Visi dan misi tadika az zahrah
Visi dan misi tadika az zahrah
Minggu lepas

Selama 1 minggu Hakim masuk ke tadika ini

waktu persekolahan tadika az zahra
Waktu sesi persekolahan. Program pra tahfiz mula jam 3 petang. Habis jam 530 petang
Pelajar lepas. sejak 2004
Tadika ni dah beroperasi sejak tahun 2004. Dah 13 tahun beroperasi



bersih dan kemas tadika ni
Satu yang kami kagum benar, semuanya kemas & tersusun rapi
Dan

Selepas 7 hari yang mendebarkan

Hakim diterima. Cikgu puas hati. Sebab Hakim pandai terima arahan & tak ganggu pelajar lain pun

Enjoy saja

Good job Hakim

Alhamdulillah (Nyanyi lagu Umar & Hana)

(Untuk orang lain, anak masuk tadika mungkin benda biasa. Tapi untuk kami dengan anak istimewa & diterima masuk ke tadika biasa. Memang nikmat luar biasa)

Lepas ni kena tambah no telefon penting Klang untuk tadika ni

Akhir kata, Terima kasih Tadika Az Zahrah

Kami nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada warga kerja tadika ini

Dan

Pendaftaran anak anak untuk pengambilan 2018 pun dah nak di buka

Bagi mak ayah yang tinggal di Teluk Pulai, Kampung sungai udang dan kawasan sekitar (pendamaran ke)

Boleh lah hantar ke sini ya.

Jumpa lagi. Assalamualaikum


Tadika Pra Tahfiz Az Zahrah di Klang. Memang Terbaik! Reviewed by Mazni Azmi on September 20, 2017 Rating: 5

16 comments:

  1. Elok hantar anak anak pendidikan berteraskan islam dari kecil

    Sekolah sekarang banyak pincangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Maznee

      Risau sangat sebab sekolah kebangsaan sekarang ni masalah disiplin menjadi jadi

      cikgu pula kena ikut kpi yang mengarut

      mangsanya anak anak kita

      Delete
  2. Sebak pula baca entri mama hakim ni. Semoga anak dapat manfaat pergi sekolah pra tahfiz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, insyaallah

      Anak anak je lah bekal untuk kita ke akhirat kelak

      duit belum tentu bawa kebahagiaan

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Hakim mendapat didikan agama. Anak kawan saya kat sini ada sorang autism.. pun sangat hebat mengaji. Saya doakan anak Mama juga akan hebat sptnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya kesedaran dan penerimaan autism di australia jauh lebih baik

      Sama sama kita usaha supaya tak ada oku yang tertinggal

      Delete
  4. Alhamdulillah ayah bonda masa kini ramai yang memilih memberi pendidikan dunia akhirat kepada cahaya mata, semoga dipermudahkanNya juga segala perkara yang baik..aamiin

    ReplyDelete
  5. Menarik. Tulisan ni pun dianggap ilmu yang di manfaatkan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semoga hakim seronok dapat belajar di sini.. pendidikan yang seimbang baik keperluan dunia dan akhirat.. ..semoga hakim menjadi anak yang soleh .. aminn

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semoga hakim terus berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  8. Analoginya sama saja. Kalau bina rumah banglo, tapaknya kena kukuh. Nak bina manusia, asas sahsiah & agama kena kukuh juga <--- bgus ayat ni. saya sukaaaa

    ReplyDelete
  9. Permulaan pembelajaran adalah tadika. tadika yg baik memang seelok sangat utk kanak2 yang baru kenal erti pelajaran . moga tiada kenangan buruk di tadika yang membuatkan dia membenci sesuatu subjek dan seterusnya memberi effect pada pembelajarannya di masa akan datang.

    Di sini guru memainkan peranan penting n tak boleh berkasar dengan kanak-kanak ketika mengajar.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum mama..

    Alhamdulillah Hakim dapat belajar di tadika yang menerapkan dan mementingkan pendidikan agama. Semoga Hakim terus menjadi anak yg soleh. Ini juga merupakan salah satu faktor saya cari utk anak anak. Bekalan mereka utk menempuhkan onak ranjau kehidupan

    ReplyDelete
  11. jauh plak nak hantar nya.. hee~ semoga hakim menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati kedua ibu bapa.. peluk ciom untuk hakim ya..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..Singgah sini balas kunjungan

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.