4 Penyebab jerawat di dagu yang mudah dikawal dengan ilmu.

Patutlah jerawat asyik naik di dagu! Rupa rupanya aku tak cukup tidur.
Penyebab jerawat di dagu
Ada perkara yang kita buat setiap hari, secara tak sedar menyebabkan jerawat.

Mencegah sentiasa lebih baik dari mengubati. Daripada kita sibuk beli produk untuk mengatasi masalah jerawat bernanah di dagu, lebih baik kita kaji punca ia berlaku.

Dan cuba kawal penyebab yang menjadi dalang durjana.
Anda ada masalah jerawat di bawah dagu? Teruskan baca sampai habis untuk hentikan masalah ini!



Penyebab jerawat di dagu dan cara mengatasinya.




Hari ini Mama nak kongsikan 5 punca jerawat gatal di dagu dan cara mengawalnya.


Sudah bersedia? Sama sama kita mulakan.

4 Punca jerawat tumbuh di dagu yang perlu kita ketahui untuk mengawalnya dari bertambah buruk! No 3 paling senang nak kawal.

Sebab pertama ekslusif untuk orang perempuan.


1. Jerawat di dagu pertanda apa? Cuba cek kitaran haid kita. 

perubahan kitaran haid punca jerawat di dagu

Setiap kali kita mengalami "period", akan berlaku perubahan hormon dalam badan.

Kira kira 2 minggu sebelum haid, badan kita akan meningkatkan estrogen dan progesteron untuk mempersiapkan rahim untuk kehamilan. 


Kesan perubahan hormon ini ialah keluarnya jerawat banyak di kawasan bawah bibir dan rahang. Semua ini derkait rapat dengan peningkatan hormon yang merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak sebum.

Sebum yang banyak di hasilkan di bawah dagu menyebabkan risiko untuk ia tersumbat dan menyebabkan jerawat.



2. Jerawat di dagu menandakan kita mungkin mengalami tekanan. 

stress punca jerawat di dagu

Badan kita merembeskan hormon kortisol yang menyebabkan kita mengalami tekanan. Memang normal untuk kita berasa sedikit tertekan kerana ia sihat.

Tetapi apabila kita kerap risau dan sering melayan perasaan, akan berlaku peningkatan hormon kortisol, yang boleh menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menyebabkan jerawat.

Jadi, macam mana nak elakkan masalah jerawat di sebabkan tekanan? Cuba fokus pada perkara positif dan banyakkan bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.

Banyakkan memberi dan berbudi kepada orang sekeliling, ini kerana mereka yang berbakti akan sentiasa lebih gembira. 

Sekali lagi, senaman perlu selalu dilakukan. Menurut kajian saintis, amalan senaman yang berterusan lebih baik kesannya jika di bandingkan dengan ubat anti tekanan / kemurungan.

Keluarlah dan bersenam di bawah sinaran matahari. Tekanan akan lebih terkawal, dan jerawat banyak di dagu juga akan berkurang.


Selain itu, senaman juga akan mengurangkan kerintangan insulin.




3. Tidur yang kurang baik. 

kualiti tidur punca jerawat di dagu

Saintis telah menemui kaitan antara kurangnya tidur yang berkualiti dan jerawat sekitar dagu. 

Kajian tersebut menyatakan, risiko tekanan psikologi meningkat sebanyak 14% bagi setiap 1 jam kita kekurangan tidur malam.

Ini akan menyebabkan ketidaknormalan berlaku dalam struktur dan fungsi kulit. 

Selain itu, kekurangan tidur malam juga menyebabkan peningkatan rintangan insulin. Apabila kerintangan insulin berlaku, badan kita tidak dapat menukarkan gula dalam darah kepada tenaga dengan lebih cekap.

Ini secara langsung akan meningkatkan gula darah yang merupakan salah satu sebab utama jerawat.

Macam mana nak selesaikan masalah ini? Mama nasihatkan supaya kurangkan minuman berkafein kerana ia akan menjejaskan kualiti tidur di malam hari.

Memang susah nak tidur nyenyak atas pengaruh kafein. Selain itu, banyakkan lazimkan bersenam kerana ia memudahkan kita untuk tidur nyenyak.


4. Hormon. 

hormon punca jerawat di dagu

Masalah hormon adalah salah satu penyumbang utama berlakunya pengeluaran jerawat di rahang dan bawah dagu. 

Apa kaitan antara dagu kita dengan hormon?

Kawasan ini penuh dengan kelenjar sebum yang sangat bertindak balas dengan perubahan hormon.

Setiap kali kita mengalami sesuatu yang mengganggu tahap hormon badan, kelenjar ini akan mengeluarkan minyak berlebihan. 

Sebenarnya, pada waktu biasa, minyak di rembeskan keluar dari kelenjar ini untuk memastikan kelembapan kulit terpelihara.

Tetapi apabila gangguan hormon berlaku, minyak yang berlebihan di hasilkan di permukaan kulit menyebabkan liang tersumbat dan keluarlah jerawat dengan meriah.

Antara perkara yang boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan kita ialah

  • Akil baligh
  • Kitaran haid aka period
  • Mengandung
  • Menopaus

Sebab itu, 4 golongan di atas kerap mengalami masalah jerawat di kawasan tersebut.

Macam mana nak atasi perkara ini? 4 perkara di atas berlaku secara semulajadi dan tidak dapat di halang.

Apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan kesan perubahan hormon ialah mengamalkan kebersihan diri dan cuba elakkan kita kerap menyentuh permukaan kulit di dagu dengan tangan.

Ini boleh menyebabkan pemindahan kuman dari tangan ke kawasan tersebut.

Amalkan juga makanan yang membantu menstabilkan hormon. Contohnya seperti kekacang yang di masak dengan sihat dan kurang minyak. 

Makanan yang kaya dengan lemak sihat seperti buah avocado dan minyak kelapa. Sayur sayuran hijau dan juga yang berwarna merah dan oren seperti lobak merah dan tomato.



Kesimpulan tentang sebab utama jerawat di kawasan dagu berlaku.

Selepas habis membaca semua punca diatas, boleh kita simpulkan bahawa punca utama yang menyebabkan jerawat keluar di dagu ialah masalah hormon.

Kurang tidur akan kacau hormon. Salah makan akan ganggu hormon. Stress pun sama. Mengandung dan datang haid lagilah, memang permainan hormon.

Penting untuk kita menjaga kebersihan diri dan mengamalkan pemakanan yang sihat supaya kita dapat mengurangkan kesan tersebut.

Sekiranya anda perlukan sumber bacaan tambahan tentan masalah jerawat di rahang, boleh baca link di bawah ini.
Panduan lengkap menarik dengan gambar untuk mengatasi jerawat didagu
Terima kasih kerana singgah ke blog Mama. Sampai jumpa lagi.
4 Penyebab jerawat di dagu yang mudah dikawal dengan ilmu. Reviewed by Mama Hakim on July 11, 2018 Rating: 5

25 comments:

  1. saya kurang masalah jerawat tapi jeragat ni memang berleluasa di muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jeragat masa usia anak dara dulu kan aju

      Delete
  2. Banyak betul penyebab masalah jerawat tumbuh banyak di dagu ni kan Mama. Alhamdulillah Ibu tak ada masalah tu

    ReplyDelete
  3. Seram pulak tengok jerawat naik banyak banyak di bawah dagu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada jerawat bawah tu, nak pakai tudung pun rasa ngilu je

      Delete
  4. Patulah ada kawan kawan auntie yang ada masalah jerawat lagi. Walaupun usia dah masuk 50 an. Masalah hormon rupanya

    ReplyDelete
  5. Paling penting kena jaga kebersihan diri. Pakai produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit sendiri supaya masalah tak makin teruk.

    ReplyDelete
  6. Memang kalau saya hampir nak period akan keluar jerawat di muka..dah boleh agak tak lama lagi nak period la tu..

    ReplyDelete
  7. Anak remaja selalu je tumbuh jerawat kat dagu tu. Hormone change agaknya. Dah surut....nanti tumbuh balik. Menopaus pun boleh tumbuh gak jerawat ye?....sebab hormon la jugak tu kan?.

    ReplyDelete
  8. OO.. ada maksud ye kalau kelura jerawat di dagu.. baru tahu.. huhuhu.. selalu gak jerawat di dagu Tb ni muncul.. huih.. bahaya ni.

    ReplyDelete
  9. Ooo... Padan lah kekadang ada jer seketul dua kat dagu ni. Faktor tu ada yang payah nak di elakkan... Huhuu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah me myself takde masalah sangat dengan jerawat. Especially di dagu. Tapi pernah juga dengar kalau jerawat di dagu ni kitaran digestive kita kurang baik. So kita kena pantau pemakanan kita, kurang minyak dsb. Mcm di mentioned di atas pun, kurang tidur, pemakanan punca nya kan! Good advice 🤗

    ReplyDelete
  11. Jerawat kat dagu mmg sakit. Macam anak ayu muka dia ada juga naik jerawat kat kawasan tu. Kesian dia. Skrg mcm kitaorg tgh cari solusi

    ReplyDelete
  12. Jerawat memang senang naik bawah dagu kalau tak jaga kebersihan tudung. Maklumlah Malaysia ni panas, kena cari kain yang serap peluh dan pengudaraan baik.

    ReplyDelete
  13. Huda selalu hadapi masalah jerawat kat dagu ni. Sebab hormon rupenya. Lepas ni kena rajin senam dan jaga waktu tidur supaya hormon lebih stabil

    ReplyDelete
  14. Agreed with you. Whenever I lack of sleep, sure my pimples will popped out on the next day.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, sis dari anak dara sampai lah dah separuh abad ni memang tak ada masalah jerawat. Yang tak best pores besar2 je

    ReplyDelete
  16. Saya selalunya kalau jerawat tumbuh tu sebab hormon..time2 nk period tu mmg akan naik la seketul dua...
    Sabar je laj

    ReplyDelete
  17. Dah tahu punca sebenar, senanglah nak ambil tindakan atau kawal punca masalah tu kan..

    ReplyDelete
  18. Ah, now I know why I get pimple chin or mouth area. due to stress of work and change in hormone. I will try to handle my stress to prevent pimple.

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing this. I suffer from pimples not only area dagu but all over the face! I know it's got to do with hormonal changes, also stress and diet but these are not something that can be righted easily.

    ReplyDelete
  20. Kak mmg tak da jerawat sejak muda lg cuma kulit kering aja tp no problemkan?

    ReplyDelete
  21. Wah baru tahu nie. Good tips untuk share dengan mereka yang perlu.

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing! Sometime I do have alot of acne around that area too. Now I know why XD

    ReplyDelete
  23. Jerawat di dagu ni selalunya lebih keras dan sakit. Wuwuwuw. Akak pernah kena 3 kali setahun. Memang akak cuba avoid. Hahaha. Jerawat kat dagu ni macam surut je. Dia tak fully hilang. Kenapa eh?

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.