Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Klang

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Klang

Assalamualaikum Wrmbth, Mama Hakim sekeluarga ucapkan selamat berpuasa ya
.
Dan salam aidilfitri 2017. Taqabbalallahu minna wa minkum
.
Kejap je hari ni dah 25 hari puasa

.

salam aidilfitri 2017

Mama rasa sedih sebab ramadhan dah hampir berlalu. Semoga Allah swt terima puasa kita sebaiknya
.
Kalau tidak sia sia saja kita puasa
.
Dah masuk dalam golongan yang Rasulullah SAW sebut
.
Ada orang yang berpuasa cuma dapat lapar dan dahaga
.
Oh
.
Rugi benar tu.
.
Mama pun raya ala kadar saja tahun ni. Raya pertama ada di Klang.
.
Beraya sebelah suami.
.
Kami beraya ikut giliran lagi. Sebab kedua dua belah ibu bapa masih ada
.
Cuma sebelah Mama, adik beradik semua dah kahwin
.
Jadi memang kalau sekali berkumpul penuh rumah di Melaka
.

Apa yang lain dengan beraya di Klang ni?

Kalau diperhatikan, ramai orang jawa duduk di Klang ni
.
Masa beraya tu memang nampak perbezaan budaya dan adat resam
.
Lain macam mana tu?
.
Orang jawa kawasan Klang ni masih rajin tukar juadah bila menjelang hari raya
.
Jadi masa raya pertama tu memang jangan risau tak makanlah
.
Dapur tu penuh saja makanan. Buat yang ada kencing manis tu. Kena ingat pantang makanan ni sebab diabetis
.
Mama tak tahu pula tempat lain macam mana kan
.
Sebab di Melaka, tempat Mama. Kami buat juga tapi sesama adik beradik saja
.
Di Klang ni, saudara mara "munjung" ni perkara biasa
.
Selain tu, cara orang jawa yang dah veteran ni minta maaf pun lain juga
.
Mereka duduk berlaga lutut (Gambaran betapa dekatnya duduk tu) 
.
Dan minta maaf sungguh sungguh
.
Suara perlahan je
.
Mama tak faham sangat sebab diorang ni speaking jawa uols
.
Alamak, malu mama sebab dah kahwin 7 tahun tak pandai cakap jawa.
.
Haha
.
Makanan yang mama suka, lontong.
.
Lontong ni sebenarnya bukan kuah lontong dan nasi impit
.
Lontong yang original
.
lontong original jawa
Ini rupa lontong yang ori. Nasi dia wangi dan lembut
Nasi yang dibalut dengan daun pisang dan diikat macam gula gula tu
.
Boleh bayangkan tak?
.
Bila direbus sampai padat nasi tu, warna dia bertukar jadi kehijau hijauan
.
Dan bau serta rasa daun pisang tu meresap masuk kedalam nasi
.
Mama suka sebab sedap. Makan dengan kuah kacang.
.
Dari segi kesihatan, lontong ori ni lagi bagus jika dibandingkan dengan nasi impit
.
Pakai daun pisang kan
.
Nasi impit pakai plastik
.
Kan dulu kecoh nasi impit plastik ni boleh sebabkan kanser.
.
Masa kecoh tu sekejap je
.
Sekarang orang dah lupa
.
Mama makan lontong ori ni lega la. Sebab bahan pun asli dari alam.
.
Lontong ni sedap makan macam ni saja
.
Atau juga dengan serunding
.
Dan juga kuah masak lode. Kuah masak lode ni yang korang panggil kuah lontong
.
Gitu le.

.
Stokis Shaklee Klang buka ke masa raya?

Kalau ada kawan kawan yang raya area klang ni, dan risau kolesterol dan berat badan naik masa raya
.
Boleh je whatsap Mama
.
Stok shaklee sentiasa ada
.
Mana tahu lepas makan rendang dan lemang, baru teringat yang dah termakan berlebih had

.

Risau pulak kolesterol dah tak sihat

.
Makan le omegaguard
.
Campur pula dengan air gas dan segala macam manisan. Bahaya betul kalau kena kencing manis kan? Nanti buah pinggang rosak sebab diabetis
.
Mama alu alukan saja kalau perlukan khidmat stokis shaklee klang masa raya ni.
.
Jangan segan segan. 
.
Di Klang ni Mama ada beberapa network. Belah Shaklee Meru boleh contact Aza. Whatsap je dia.
.
Stok insyaallah ada
.

Selamat Hari Raya & Jaga Kesihatan

Akhir kata, Mama Hakim dan keluarga nak ucapkan salam aidil fitri. Selamat memburu lailatul qadar
.
Dan jaga kesihatan sepanjang raya ni
.
Mama akan balik ke Melaka lepas seminggu raya
.
Doakan kami selamat pergi dan pulang ya.
.
Insyaallah

Comments

  1. Sekejab je rasa puasa, dah nak raya. Semoga selamat tiba di destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah hari raya ke 5 hari ni

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat hari raya Mazni sekeluarga

      Balik mana tahun ni?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis