Pelan rumah banglo terbaik untuk anda! Ini 5 jenis plan & kepentingannya.

Ramai orang terbeli pelan rumah yang cantik tapi salah rekaan sehingga rumah yang siap dibina banyak masalah. Baca panduan ini untuk bina rumah bermutu dari plan rumah yang bagus!
mencari pelan rumah banglo


Membina rumah sendiri menjadi impian ramai pasangan suami isteri. Tapi, prosesnya lebih susah dari membeli rumah siap.

Salah satu peringkat yang perlu dibuat adalah mendapatkan pelan rumah sebelum rumah dibina.

Pelan yang baik bukan saja cantik dipandang, malah rekabentuknya boleh mengelakkan pelbagai masalah yang memeningkan kepala tuan rumah.

Di bawah ini, ilmu berharga yang suami Mama dapat dari sahabatnya di Nas Nuri Construction yang telah membina lebih dari 90 banglo berkualiti.





Baca panduan memilih pelan rumah, kesannya pada pinjaman perumahan & interior designer sehingga habis, dan anda PASTI mendapat 3 manfaat di bawah.

  1. Elak beli pelan rumah yang salah. Ini akan memastikan harga rumah yang dibina sepadan dengan bajet kita & rumah yang dibina tidak bermasalah 
    .
  2. Faham jenis jenis pelan rumah & kegunaannya.
    .
  3. Tahu di mana nak beli pelan yang bagus.
    .
Klik & tonton video ini untuk mengetahui langkah bina rumah atas tanah sendiri yang betul.





Sekarang, kita mulakan perkongsian ini. Ikuti langkah di bawah supaya pelan yang kita beli berbaloi.

3 Langkah mudah bagi tuan rumah ikuti untuk mendapatkan pelan rumah terbaik.

  1. Mengetahui 6 jenis pelan rumah.
    .
  2. Memahami masa untuk menggunakan pelan tersebut.
    .
  3. Cara membina rumah berkualiti dari pelan yang bagus.
    .
Kita mulakan dengan langkah pertama, iaitu

Pelan rumah banglo setingkat 1 2 tingkat


6 Jenis pelan rumah untuk membina banglo.

Semasa kita bercadang membina rumah,penting untuk kita dapatkan pelan bagi membina rumah. 
Rugi tak baca: Ini panduan membina rumah atas tanah sendiri. Ada 7 langkah yang wajib diketahui tuan tanah!
Jika kita tidak mempunyai pelan, rumah yang kita fikirkan di tidak akan sama dengan rumah yang dibina.

Pelan rumah ni umpama peta perjalanan kita untuk sampai ke destinasi.

Tapi, kenapa agaknya ada sampai 6 jenis pelan ya?

Teruskan membaca untuk jawapannya.

1. Pelan skematik

Ini pelan yang paling asas, tak kiralah kita nak bina rumah yang mempunyai sijil ccc ataupun tidak, mesti ada pelan skematik.
Pelan skematik rumah banglo
Contoh pelan skematik rumah banglo.

Nama lain pelan ini ialah pelan lakaran atau plan asas. 

Mana nak dapatkan pelan skematik? Kita boleh dapatkan dari
  • Pelukis pelan
  • Belian dalam talian / online.

Apa maklumat penting yang terkandung di dalam pelan skematik?

Antara info penting yang boleh kita dapat ialah
  • Pelan susun atur seperti kedudukan ruang-ruang bilik, pintu dan tingkap.
    .
  • Gambaran luaran binaan rumah secara ringkas sama ada dalam bentuk 3d ataupun 2d dalam bentuk pandangan sisi.
    .

Bila masanya kita menggunakan pelan skematik?

Jika kita mempunyai bajet kecil untuk membina rumah menggunakan tukang rumah, tukang tersebut mungkin boleh memberikan lukisan skematik dari kerja lepas.

Tapi, lukisan tersebut mungkin tak sesuai dengan saiz tanah & bajet kita. Kita boleh dapatkan khidmat pelukis pelan / beli online.

Atau sekiranya kita mempunyai bajet yang lebih besar, seperti RM300,000 ke atas. Tidak praktikal sebenarnya menggunakan khidmat tukang rumah.

Rumah berharga RM300k ke atas seharusnya dibina oleh kontraktor rumah yang kompeten. Barulah binaannya cantik & kemas. Rumahnya berkualiti.

Kontraktor mahir akan mempunyai staf arkitek / pelukis pelan sendiri yang boleh melakarkan layout rumah dari input yang diberikan kita sebagai pelanggan.

Plan ini akan diberikan kepada kita sebagai pandangan awal rupa rumah tersebut apabila siap.


Contoh lukisan 3D yang telah di render.

  1. Dari usul skematik awal, klien boleh melakukan perubahan kepada spesifikasi rumah seperti
    • Saiz bilik.
      .
    • Susun atur & kedudukan bilik.
      .
    • Rekaan luaran contohnya bentuk bumbung, lokasi tingkap, pintu.
      .
  2. Semua yang di senaraikan di atas boleh di ubah selagi pelan jenis kedua belum di keluarkan.
    .
Selesai sudah untuk pelan pertama. Selepas kita puas hati dengan pelan skematik, kini kita bersedia untuk peringkat seterusnya.

2. Pelan arkitek

Pada peringkat ini, arkitek / pelukis pelan akan mengeluarkan pelan arkitek. 

Antara maklumat penting terkandung di dalam pelan arkitek ialah perincian dan juga spesifikasi binaan rumah yang perlu diikuti oleh kontraktor. Seperti
  • Saiz pintu.
    .
  • Saiz tingkap.
    .
  • Jenis bumbung & kecondongannya.
    .
  • Ketinggian lantai.
    .
  • Alatan sanitari serta sistem kumbahan.
    .

Pelan arkitek terbahagi kepada 5 bahagian iaitu

  1. Pelan kunci (topografi tanah serta kedudukan tanah / tapak binaan di lokasi serta ketinggian tanah berdasarkan pelan juru ukur tanah).
    .
  2. Pelan kerja preliminary (papan tanda, stor kerja, pagar sementara) pelan susun atur dengan spesifikasi dan perincian (saiz pintu dan tingkap, jenis tile, jenis siling, jenis cat, jenis genting dan juga sudut condong serta lain-lain).
    .
  3. Pelan perspektif dan rentas (ketinggian rumah dan keratan pandangan ruangan tertentu, sila rujuk gambar di bawah).
    .
  4. Pelan alatan sanitari dan kumbahan (rujukan sahaja).
    .
  5. Pelan elektrikal (rujukan sahaja).
    .
Sekiranya kita berhasrat membina kolam renang dan kolam ikan di rumah yang akan dibina, kolam ini harus terdapat di dalam plan. 

Apa yang berlaku jika kolam tersebut tiada di dalam pelan rumah, tetapi dibina.
  • Pelan pindaan harus dibuat atau kita boleh di denda.
    .
  • Seeloknya kita masukkan juga kolam tersebut dalam lukisan arkitek terlebih dahulu.
    .
Di bawah ini Mama kongsikan contoh pelan arkitek.
Pelan arkitek rumah banglo 1
Contoh pelan arkitek.


Pelan arkitek rumah banglo
Contoh pelan perspektif dan rentas.


Bila masanya kita menggunakan pelan arkitek?

Pastikan kita puas hati dengan pelan skematik sebelum beralih ke pelan kedua. 


Ini kerana, jika kita melakukan perubahan layout rumah dan rekabentuk semasa peringkat pelan arkitek, kita akan menyusahkan kelancaran kerja arkitek kerana banyak perubahan perlu dilakukan. 

Ini menyebabkan pengeluaran kos lebih-lebih lagi jika pelan telah dicetak beberapa salinan untuk mendapatkan permohonan di PBT.

Masih belum jelas? Jangan risau, di bawah ini Mama kongsikan kesan yang akan kita alami jika melakukan perubahan pada peringkat ini.

Indah water konsortium IWK



  1. Contohnya, jika kita mahu membuat rumah lengkap dengan sijil CCC. Kita mesti membuat permohonan pelan ke majlis PBT.
    .
    Ini memerlukan pelan IWK yang ditandatangani oleh jurutera berdaftar dengan IWK juga perlu disediakan untuk membuat permohonan sambungan ke sistem IWK ataupun penggunaan tangki septik.
    .
  2. Jika kita melakukan selepas permohonan majlis telah di hantar, banyak pembetulan yang perlu dilakukan.
    .
    Pelan ubahsuai perlu dihantar semula dan perlu dibuat beberapa salinan seperti yang dipohon oleh PBT.
    .
    Ada sesetengah PBT meminta membuat sehingga 13 salinan bersaiz A1, cuba bayangkan jika setiap salinan mempunyai 10 helai, kita telah membazirkan 130 helai pelan yang bersaiz A1 berwarna.
    .
    Kos fotostat A1 bewarna boleh mencecah sehingga RM10 sehelai, jika 130 helai kosnya adalah RM1300.00, itu hanya kos fotostat sahaja tidak termasuk kos tambahan bagi permohonan semula yang perlu dibuat oleh arkitek.
    .
  3. Jadi, seeloknya jangan kita membuat sebarang perubahan jika permohonan telah dihantar ke PBT.
    .
Selepas perbincangan dengan arkitek selesai, dan permohonan boleh dibuat ke majlis.

Kita hanya perlu menunggu kelulusan daripada majlis. Peringkat pelan rumah seterusnya hanya boleh dilakukan selepas permohonan diluluskan.

Sekarang, kita boleh masuk ke langkah seterusnya.

3. Pelan kejuruteraan

Pelan kejuruteraan pelan banglo footing
Contoh pelan kejuruteraan untuk binaan rumah banglo.
Pelan kejuruteraan akan dikeluarkan selepas pelan arkitek siap & memberikan maklumat penting kejuruteraan seperti
  • Jenis asas tapak.
    .
  • Saiz serta butiran terperinci asas tapak yang digunakan.
    .
  • Pelan saiz rasuk.
    .
  • Lantai tiang.
    .
  • Tangga.
    .
  • Lain-lain.
    .

Bila masanya untuk kita menggunakan pelan kejuruteraan?

Setelah siap peringkat pelan arkitek, arkitek akan menyerahkan pelan mereka kepada jurutera struktur/awam untuk mengeluarkan pelan kejuruteraan. 

Kebiasaannya pelanggan tidak perlu mengenali jurutera yang bertanggungjawab, ini kerana bagi pelan kejuruteraan, arkitek yang akan berurusan dengan jurutera bagi mengeluarkan pelan.

Pelan kejuruteraan ini adalah bagi kegunaan kontraktor untuk pembinaan rumah supaya mengikut spesifikasi dan piawaian yang sepatutnya.
  1. Sekiranya binaan rumah kita memerlukan kerja tanah serta binaan tembok penahan, pelan tersebut juga akan dikeluarkan oleh jurutera.
    .
    Sekiranya cerun tersebut stabil dan rendah, ada pihak PBT yang membenarkan untuk membuat pengecualian maka cerun tersebut tidak perlu kita membuat binaan yang kukuh, mungkin cukup sekadar dibina rubble wall, tembok gabion atau sekadar diikat bata sahaja dengan keperluan struktur yang minima.
    .
  2. Sekiranya kita membuat perubahan pada pelan arkitek, pelan kejuruteraan juga turut sama perlu diubah jika perubahan tersebut melibatkan struktur rumah. Maka pihak arkitek akan mengenakan cas kepada kita bagi perubahan pelan kejuruteraan.
    .


4. Pelan Infrastruktur

Pelan ini juga akan dikeluarkan oleh jurutera setelah berurusan dengan perancang bandar (town planner) dan  juga badan autoriti yang terlibat seperti pihak JPS, IWK, TNB, Jabatan Air Negeri dan lain-lain. 
  • Pelan infra dan kerja infra ini kebiasaan adalah tanggungjawab pihak pemaju.
    .
  • Tetapi boleh terjadi, pihak pemaju tidak menyiapkan infra, maka pihak pelanggan yang perlu menyiapkan sekiranya tetap ingin membina rumah.

Bila masanya pelan infrastruktur digunakan?

Sekiranya anda berhasrat membina rumah yang mempunyai sijil CCC, dan tanah tapak rumah bakal didirikan belum mempunyai kemudahan infrastruktur seperti
  • Jalan.
    .
  • Longkang.
    .
  • Tiang lampu.
    .
  • Tiang elektrik.
    .
  • Bekalan air.
    .
Maka tuan tanah akan diminta menyediakan prasarana di atas. Pelan infra kan dikeluarkan untuk binaan rumah kita.

Tidak semua PBT yang akan meminta kita menyiapkan pelan-pelan ini, kebiasaannya bagi rumah sesebuah, pihak PBT membenarkan membuat  pengecualian.



5. Pelan Mekanikal dan Elektrikal (M & E)

Bagi rumah bersaiz besar dan mempunyai lif, Pihak PBT kebiasaannya akan meminta pelan mekanikal dan elektrikal. Bagi binaan rumah biasa yang tidak mempunyai lif atau lain-lain peralatan mekanikal dan juga alatan elektrikal berskala industri, pelan mekanikal dan elektrikal ini adalah tidak diperlukan.

Ramai juga klien yang keliru jika kita tidak membuat  permohonan binaan di PBT, rumah kita tidak boleh membuat permohonan sambungan elektrik dan air. Ini adalah tidak benar, permohonan elektrik dan air tidak memerlukan kelulusan dari pihak PBT.

Bila masanya pelan M & E digunakan?

Kita akan diminta menyediakan pelan jenis ini jika rumah yang bakal dibina sangat besar saiznya & dilengkapi dengan peralatan mekanikal & elektrikal seperti sistem lif & penghawa dingin yang kompleks.



6. Pelan Sistem Kumbahan

Bagi mendapatkan permohonan dari pihak IWK, terdapat sistem borang yang lain yang perlu disediakan oleh pihak konsultan. Ramai juga klien yang keliru kerana menganggap hanya menyediakan borang G, ia adalah memadai. 

Ini adalah tidak benar, surat sokongan dari IWK juga diperlukan dan rumah yang menggunakan tangki septik juga perlu membuat permohonan di IWK, bukan hanya bagi sistem yang bersambung ke sistem kumbahan utama sahaja.


Bila masanya pelan M & E digunakan?

Kita akan diminta menyediakan pelan sistem kumbahan untuk jika kita memohon sijil CCC.

Seperti yang telah kita bincangkan diatas, didalam pelan arkitek telah dimasukkan pelan sistem kumbahan. Tetapi untuk mendapatkan CCC bagi kediaman kita, kita perlu menyediakan pelan sistem kumbahan  dengan ditandatangani oleh Jurutera berdaftar dengan IWK.

Sekarang ini, kita dah pun jelas tentang 6 jenis pelan rumah. Seterusnya, kita lihat pula pilihan pelan yang terdapat di pasaran.


Pilihan pelan rumah yang di jual di pasaran.

Pelan rumah yang bakal kita beli sangat bergantung kepada citarasa, saiz keluarga, luas tapak rumah & bajet yang mampu kita keluarkan.


Di bawah ini adalah contoh contoh plan rumah pilihan ramai. Klik link di bawah untuk melihat contoh plan.
  1. Pelan rumah setingkat
    .
  2. Pelan rumah 2 tingkat. (Ada 6 plan percuma untuk binaan banglo terkini 2 tingkat. Klik sekarang untuk download!
    .
  3. Pelan rumah banglo.
    .
  4. Pelan rumah 3 bilik.
    .
  5. Pelan rumah 4 bilik.
    .
  6. Pelan rumah 5 bilik.
    .
Sebelum anda teruskan membaca, Mama sangat rekemen anda klik dan lihat gambar pelan rumah di atas.

Ok, persoalan seterusnya yang kita ingin jawab ialah

Di mana nak beli pelan rumah yang bagus?

Jawapan bagi soalan di atas sangat bergantung sama ada kita mahu membina rumah yang mempunyai CCC ataupun tidak.

1. Jika anda ingin membina rumah tanpa CCC.

Cukuplah sekadar anda membeli pelan secara online. Atau jika rasa lukisan lantai (layout) yang di jual tak memenuhi citarasa, bolehlah gunakan servis pelukis pelan.

Apa perbezaannya beli online & guna servis pelukis pelan? 

Harga plan di beli dalam talian selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan pelan baru dari pelukis plan.

Pelan yang dibeli siap online juga tidak boleh diubah lagi. Manakala, anda boleh ubah susun atur rumah sampai puas hati dari pelukis pelan.

Terpulang kepada anda.


2. Jika anda ingin membina rumah dengan CCC.

Pelan untuk rumah yang dibina untuk kelulusan CCC mestilah didapati dari arkitek yang mempunyai kelulusan & pengalaman.

Jadi, dapatkan sevis mereka dari firma arkitek bertauliah ataupun dari syarikat kontraktor yang menyediakan khidmat arkitek dalaman.

Penting untuk kita maklumkan kepada arkitek bajet rumah yang ingin dibina.

Maklumlah, arkitek ni kreatif. Kalau kita tak kongsi bajet, lukisan pelan yang dihasilkan memang cantik. 

Tapi, besar kemungkinan rumah tersebut memerlukan belanja yang lebih mahal dari bajet yang kita mampu keluarkan.

Sebab itu, cara yang terbaik untuk memastikan tidak melebihi bajet, libatkan kontraktor rumah dari peringkat awal lagi.

Kontraktor rumah dapat menganggarkan harga sebenar rumah dari lukisan pelan.

Selain itu, kontraktor yang bagus juga dapat memberikan nasihat tentang rekaan rumah yang tak praktikal.

Tak praktikal macam mana tu?

Rumah tersebut mungkin cantik atas lukisan, tapi akan menyebabkan masalah di kemudian hari.

Contohnya, bumbung yang kerap bocor kerana rekaan bumbung yang mempunyai longkang. Ataupun sistem kumbahan kerap tersumbat & sukar dibersihkan kerana rekaan perpaipannya.

Semua ini akan menyebabkan pening kepala kepada tuan rumah.

Rumah yang sepatutnya menjadi mimpi indah, kini menjadi bom jangka yang menunggu masa meletup dengan masalah yang tak kunjung habis.

Menyebabkan kos penyelenggaraan rumah yang tinggi. Siapa yang rugi?



Adakah saya perlukan khidmat interior designer semasa melukis pelan rumah?

Tak sama rumah yang kita buat sendiri jika dibandingkan dengan rumah yang dibeli di kawasan perumahan.

Kita ada kebebasan sepenuhnya untuk menentukan susunan, rekaan dalaman & hiasan rumah selepas siap.

Perekabentuk dalaman ataupun interior designer cukup arif dalam memanfaatkan ruang dalaman rumah.

Ruang yang kecil boleh nampak luas & memaksimakan penggunaan ruang. Sangat membazir untuk kita bazirkan ruang yang ada dalam rumah.

Sebagai pemilik rumah, mungkin kita ada kehendak tersendiri yang mahu dicapai. Nak jaga aurat, nak rumah nampak wow & macam macam lagi.

Sebab itu, kebelakangan ini servis interior designer di Malaysia semakin mendapat tempat. Terutama sekali dikalangan orang melayu.


Mana nak dapatkan servis interior designer terbaik?

Ada kontraktor yang mempunyai khidmat interior design & arkitek sendiri. Tak perlu payah payah cari sendiri.

Mereka boleh uruskan semua. Dapat jimatkan masa & tenaga.

Kita pun tak perlu pening kepala nak koordinasi dan berinteraksi dengan lebih dari 2 pihak.

Yang kita tahu, datang pejabat kontraktor bincang di satu tempat, arkitek & designer semua ada.

Kesimpulan tentang pelan rumah.

Akhirnya, kita tiba di penghujung artikel. Jika anda membaca hingga habis, anda pasti mendapat 3 manfaat di bawah.
  1. Mengelak terbeli plan rumah yang salah.
    .
  2. Memahami 6 jenis pelan rumah & fungsinya.
    .
  3. Mengetahu 2 sumber mendapatkan plan yang bagus.

Ketiga tiga manfaat di atas anda akan perolehi melalui 3 langkah mudah yang telah dihurai panjang di dalam artikel ini.

Apa yang Mama kongsikan ini berdasarkan pengalaman kontraktor yang telah membina rumah di negeri Selangor sahaja. 

Bagi negeri negeri lain di Malaysia, mungkin terdapat sedikit perbezaan pada jenis jenis pelan yang diperlukan PBT di tempat anda.

Sebab itu, dapatkan khidmat kontraktor rumah yang bagus. Mereka dapat memberikan nasihat tentang selok belok pembinaan rumah.

Barulah lancar semua urusan kita dalam mendirikan rumah.

Mama doakan maklumat yang diberikan ini bermanfaat untuk anda semua. 
Previous Post Next Post

Contact Form