6 Krim Malam Terbaik di Watson Drugstore.

Kebetulan krim malam Mama dah habis, buat survey di internet. Mama selalu beli di Watson saja sebab senang. Lagipun dah jadi ahli kan.

Di bawah ni, Mama kongsikan Night cream best seller di Watsons semasa buat tinjauan harga ni. (9 Julai 2018)

Mama perhatikan list ni berubah setiap hari. 

6 Krim Malam Terbaik di Watsons yang Best Seller.


Ada di antara jenama yang masuk dalam senarai ni tak berapa di kenali ramai pun. 

Mari kita mulakan senarai.

1. A'kin Repleneshing Antioxidant Night Cream.

A'kin Repleneshing Antioxidant Night Cream

Anggaran harga krim malam A;kin bagi saiz 50 ml ialah RM149.00

Ramuan krim malam A'kin mengandungi air kelapa untuk kelembapan segera dan teh hijau untuk membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

Produk ini sangat bagus untuk
  • Penghidratan sepanjang malam.
  • Meningkatkan dan mengembalikan kelembapan kulit.

Krim malam A'kin sangat mampu untukmenembusi kulit dan diperkaya dengan air kelapa organik dan vitamin E untuk menyuburkan dan menyerikan kulit semasa kita tidur di malam hari.


Bahan bahan Krim Malam A'kin.
Air (Aqua), Cocos Nucifera (Coconut) Water*, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter*+, Cetearyl Olivate*, Aloe Barbadensis Leaf Juice*+, Cetearyl Alcohol*, Glycerin*, Crambe Abyssinica Seed Oil Phytosterol Esters*, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil*, Sorbitan Olivate*, Macadamia Ternifolia Seed Oil*, Sucrose Stearate*, Persea Gratissima (Avocado) Oil*, Niacinamide, Tocopheryl Acetate* (Vit.E), Palmitoyl Camellia Sinensis (Green Tea) Extract*, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Juice*, Behenyl Alcohol*, Sorbitan Caprylate*, Hydrogenated Olive Oil*, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil*, Phytosterols*, Xanthan Gum*, Ethylhexylglycerin, Sodium Gluconate*#, Olea Europaea (Olive) Oil Unsaponifiables*, Palmitic acid*, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract*, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil*, Tocopherol, Fragrance*, Lecithin*, Potassium sorbate, Sodium Benzoate, Propanediol, Benzoic Acid, Limonene^, Linalool^, Citronellol^, Citral^


2. BIO-ESSENCE Bio-Gold Night Cream.

BIO-ESSENCE Bio-Gold Night Cream

Anggaran harga bagi saiz 40 g di pasaran: RM94.24

Bio Energy Complex ™ menggunakan formula unik untuk mengubah keupayaan kulit untuk membaiki, memperbaharui dan mengganti kulit baru. 

Dengan meningkatkan pengambilan oksigen, ia membantu kulit bernafas dan sekaligus menukar sel dari keadaan tidak aktif ke keadaan aktif. Hasilnya, ini secara langsung akan meningkatkan penyerapan bahan bio berharga, emas 24K untuk menjadikan kulit kita lebih sihat, lebih berseri dan cantik.


Apa itu bio emas 24K (Bio gold 24k)

Bahan bernama emas 24K telah digunakan secara meluas sekian lama oleh golongan bangsawan di zaman silam sebagai anti-oksidan berkuasa yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, yang akan melambatkan pengeluaran tanda tanda penuaan. 

Apabila ia digabungkan dengan teknologi Bio Energy Complex ™ untuk membentuk 24K Bio-Gold, yang akan diserap ke dalam kulit dengan lebih berkesan. Ini akan menyebabkan kulit kelihatan bercahaya lebih lama secara semula jadi dari dalam .


Kelebihan menggunakan krim malam bio essence.
  • Membantu mengurangkan garis halus dan kedut di kawasan muka dan leher.
  • Menyuburkan dan melembapkan kulit muka dan leher secara intensif untuk membantu mencegah kekeringan dan garisan penuaan.
  • Bangun di pagi hari dengan yang sihat dan bersinar dari dalam.

Bahan bahan di dalam krim malam Bio essence.
Water, cyclopentasiloxane, glycerin, glyceryl polyacrylate, cetearyl dimethicone/vinyl dimethicone crosspolymer, hydrogenated polyisobutene, cetearyl olivate, sorbitan olivate, sodium carbomer, aloe barbadensis leaf juice, niacinamide, euglena gracilis extract, caprooyl tetrapeptide-3, tocopherol, dextran, codium tomentosum extract, ecklonia cava extract, gelidium cartilagineum extract, hizikia fusiforme extract, sodium hyaluronate, cetearyl alcohol, ceteareth-20, tribulus terrestris fruit extract, ampelopsis japonica root extract, perilla frutescens extract, ginkgo biloba nut extract, camellia sinensis leaf extract, fragrance, ppg-26-buteth-26, peg-40 hydrogenated castor oil, royal jelly powder, styrene/acrylates copolymer, hydroxyacetophenone, 1,2-hexanediol, caprylyl glycol, zinc chloride, sodium oxide, calcium oxide, magnesium oxide, alumina, ferric chloride, colloidal gold.


3. EUCERIN Volume Filler Night Cream.

EUCERIN Volume Filler Night Cream.

Anggaran harga bagi krim malam Eucerine saiz 50ml RM169.81

Apabila usia kita meningkat, lama kelamaan, ia akan kehilangan kegebuan dan keanjalan semulajadi yang dimiliki semasa usia muda. 

Akibatnya, kontur muka kelihatan semakin kurang jelas dan rupa kita akan terjejas. 

Bantu kulit kita untuk mengekalkan ciri ciri ini dan kelihatan lebih menarik dengan menggunakan krim malam ini. 

Ia akan mengekalkan kegebuan wajah untuk semua jenis kulit dengan formulasi yang mengandungi bahan Magnolol, Oligo Peptides dan Asid Hyaluronik.


Kandungan bahan bahan di dalam krim malam eucerin.
Aqua, Glycerin, Panthenol, Dicaprylyl Ether, Hydrogenated Coco- Glycerides, Caprylic/Capric Triglyceride, Cetyl, Palmitate, Isopropyl Palmitate, Synthetic Beeswax, Glyceryl Stearate Citrate, Octyldodecanol, Methylpropanediol, Arginine HCL, Cetyl, Alcohol, Polymethylsilsesquioxane, Stearyl, Alcohol, Magnolia Officinalis Bark Extract, Pimpinella Anisum Fruit Extract, Sodium, Hyaluronate, Carbomer, Dimethicone, Trisodium, EDTA, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol, Parfum.


4. WARDAH Renew You Anti Aging Night Cream.

WARDAH Renew You Anti Aging Night Cream

Anggaran harga krim malam Wardah bagi saiz 30g di pasaran ialah RM47.64

Kekalkan kelembapan kulit muka kita pada malam hari dengan Wardah Renew You Anti Aging Night Cream. 

Gunakan setiap hari untuk membantu menghambat setiap tanda tanda utama penuaan pada muka serta membekalkan khasiat kepada kulit ketika tidur.

Kebaikan menggunakan krim malam wardah.
  • Ramuan formula yang ringan dan nyaman kepada kulit.
  • Membantu proses peremajaan kulit ketika tidur
  • Membekalkan khasiat dan menjaga kelembapan kulit wajah
  • Membantu merangsang pembentukan sel-sel baru secara optimum.
  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit
  • Membantu memperbaiki tekstur kulit
  • Membantu meningkatkan keanjalan kulit
  • Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam, garis halus, dan kedutan pada wajah
  • Membantu melindungi kulit dari radikal bebas
  • Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit
  • Tidak mengandung bahan kimia yang berbahaya


Kandungan Bahan mentah di dalam krim malam Wardah.
Aqua, Niacinamide, Caprylic/Capric Triglyceride, Dimethicone, Biosaccharide Gum-1, Cetyl Alcohol, Glycerin, Pentylene Glycol, Caprylyl Methicone, Glyceryl Stearate, Stearic Acid, Mineral Oil, Myristyl Myristate, Nylon-12, Phenoxyethanol, PEG-100 Stearate, Butylene Glycol, Fragrance, Xanthan Gum, Polyacrylamide, BHT, Allantoin, Hydrogenated lecithin, Panthenol, Titanium Dioxide, Tocopheryl Acetate, Disodium EDTA, C13-14 Isoparaffin, Vaccinium Myrtillus Fruit, Leaf Extract, Sodium, Hyaluronate, Carbomer, Laureth-7, Sugar Cane Extract, Polysorbate 20, Resveratrol, Citrus Aurantium Dulcis Fruit Extract, Citrus Medica Limonum Fruit Extract, Acer, Saccharum Extract, Palmitoyl oligopeptide, Palmitoyl Tetrapeptide-7, Ethylhexylglycerin


5. OLAY White Radiance Light Perfecting Night Cream.

OLAY White Radiance Light Perfecting Night Cream.

Anggaran harga krim malam Olay white radiance di pasaran RM56.50

Krim Malam Olay akan membekalkan lembapan yang kaya kepada kulit kita sepanjang malam dan menghasilkan kulit yang cerah berseri.

Ia membantu kulit untuk menyerlahkan seri dalamannya dengan meningkatkan proses pembaharuan kulit, mengurangkan bintik bintik dan membekalkan khasiat  vitamin kepada kulit, menjadikan ia kelihatan bersinar dan berseri setiap pagi.

Gunakan setiap hari sebelum tidur di malam hari untuk penghidratan sepanjang malam untuk mencerahkan tona kulit di samping mengurangkan penampilan kulit yang kusam.


Bahan bahan di dalam krim malam Olay.
Water, glycerin, niacinamide, isohexadecane, butylene glycol, dimethicone, isopropyl isostearate, sorbitan stearate, cetyl alcohol, carbomer, tocopheryl acetate, panthenol, stearyl alcohol, sodium hydroxide, benzyl alcohol, dimethiconol, ethylparaben, acrylates/c10-30 alkyl acrylate crosspolymer, fragrance, titanium dioxide, propylparaben, stearic acid, peg-100 stearate, magnesium ascorbyl phosphate, glucosyl hesperidin, disodium edta, sucrose cocoate, morus alba root extract, lilium candidum flower extract, tamarindus indica fruit extract, angelica acutiloba root extract, zizyphus jujuba fruit extract, pyrus malus (apple) fruit extract, crataegus cuneata fruit extract, citrus grandis (grapefruit) fruit extract, lonicera japonica (honeysuckle) flower extract, vitis vinifera (grape) leaf extract, hypericum perforatum flower/leaf/stem extract, hedera helix (ivy) leaf/stem extract, hamamelis virginiana (witch hazel) leaf extract, arnica montana flower extract, aesculus hippocastanum (horse chestnut) leaf extract, citrus aurantifolia (lime) fruit extract, citrus aurantium dulcis (orange) fruit extract, citrus limon (lemon) juice, ci 19140, ci 16035.


6. Neutrogena Overnight Brightening Cream.

Neutrogena Overnight Brightening Cream.

Anggaran harga bagi krim malam Neutrogena di pasaran Malaysia RM65.75

Krim malam Neutrogena memberi kesan jauh ke dalam kulit kita semasa sedang tidur dan terbukti secara klinikal untuk mencerahkan kulit lebih lamadengan menambah baik tiga elemen iaitu tona, tekstur dan kelembapan kulit.

Kandungan ramuan campuran unik yang terdiri dari ekstrak lili putih, vitamin C dan Vitamin B3 yang menyasarkan bintik gelap secara efektif dan mencerahkan warna kulit. 

Kandungan ramuan krim malam Neutrogena.
Air, Butylene Glycol, Alcohol Denat, C12-15 alkyl benzoate, Dimethicone, Glycerin, Isohexadecane, Niacinamide, Cetearyl Alcohol, Behenyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Ascorbyl Glucoside, Nylon-12, Polyacrylamide, Aluminum starch octenylsuccinate, Cetearyl Olivate, C13-14 Isoparaffin, Portulaca Oleracea Extract, Sorbitan Olivate, Stearoxytrimethylsilane, Stearyl Alcohol, Sodium Lactate, Benzyl Alcohol, Cetearyl Glucoside, Stearic Acid, Caprylyl Glycol, Dimethiconol, Sodium Hydroxide, Bisabolol, Chlorphenesin, Fragrance, Tocopheryl Acetate, Titanium Dioxide, Laureth-7, Sodium PCA, Ethylhexylglycerin, Sorbitol, Acrylates / C10-30 alkyl acrylate crosspolymer, Xanthan Gum, Disodium EDTA, Proline, Aesculus Hippocastanum Seed Extract
Camellia Oleifera Leaf Extract, PEG-12 Dimethicone, Lilium Candidum Flower Extract, Panthebol

Kesimpulan tentang night cream best seller di farmasi Watson.

Kita dah sampai di hujung artikel. Mama paling suka pakai jenama Neutrogena, entahlah, mungkin sebab serasi dengan kulit.

Mana nak tahu serasi atau tidak? Itu kena baca artikel di bawah. Mama ada kongsikan panduan memilih night cream yang paling bagus untuk jenis kulit berbeza.
Baca lebih lanjut tentang krim malam terbaik di Malaysia
Mama harap, artikel ini menambah nilai dan membantu anda memelihara kesihatan dan kecantikan diri. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum.
6 Krim Malam Terbaik di Watson Drugstore. Reviewed by Mama Hakim on July 09, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Kesemua krim malam tu tak pernah guna hii.. kalau dah serasi dengan kulit tak apa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani memang rajin jaga kulit. Mesti ada skincare routine yang bagus ni

      Delete
  2. Assalamualaikum sis, maznee tumpang lalu. Singgah blog walking. Wah terbaik senarai ni. Banyak betul krim malam yang bagus di farmasi

    ReplyDelete
  3. Bolehlah saya borong semua krim malam di atas untuk kegunaan isteri :) Nak isteri cantik kena melabur

    ReplyDelete
  4. Nice info. Baru tau jenama krim malam. Selalu kalau bahagian skincare ni isteri saya yang uruskan.

    ReplyDelete
  5. Memang bagus dapat beli barang di farmasi. Pilihan pun banyak. Harga je lah. Kalau mahal tak payah beli dulu

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.