4 Krim Malam Himalaya yang terbaik di drugstore Malaysia.

Krim malam himalaya

Sebelum ini, Mama ada kongsikan tentang pencuci muka Himalaya. Kali ini tiba giliran krim malam keluaran syarikat yang sama.


Krim malam ni ada banyak khasiatnya. Terutama sekali untuk awet muda, lagipun semua ini dilakukan semasa kita tidur.


Anda nak beli night cream himalaya tapi tak tahu nak beli yang mana satu? Baca artikel ini sampai habis untuk jawapannya.




Krim Malam Himalaya Review - Berbaloi ke?






Siapa kata tidur tak boleh cantik kan. Boleh, asalkan kita pakai krim malam dengan betul. Cuma, apa bezanya krim malam dari Himalaya dengan jenama lain?

Baca sampai habis untuk jawab soalan ini bersama sama.


4 Pilihan Krim Malam Produk Himalaya Untuk Pelbagai Kegunaan. Mana satu pilihan hati anda?

Apabila ada banyak pilihan, terlebih dahulu pastikan kita jelas tujuan menggunakan night cream tersebut.

1. Himalaya Nourishing Skin Cream

Himalaya Nourishing Skin Cream adalah krim harian yang berasaskan herba untuk melembap, menyubur dan melindungi kulit muka sepanjang hari. Betul tu, boleh di gunakan siang dan malam untuk melindungi kulit kita dari pencemaran dan cuaca kering.



Bahan Utama Himalaya Nourishing Skin Cream.

a. Aloe Vera.

Tumbuhan ini kaya dengan enzim, polisakarida dan nutrien yang bagus untuk tindakan anti bakteria dan anti kulat. 

Ia juga bertindak sebagai 


  • Pelindung semulajadi dari sinaran UV matahari.  
  • Melembapkan kulit.
  • Melembutkan kulit.
  • Membekalkan lembapan.

b. Winter Cherry.

Ejen anti tekanan yang berkesan. Mempunyai kandungan antioksidan yang berkhasiat menggalakkan pembaharuan sel kulit.


c. Pokok Kino India.

Tumbuhan herba ini memiliki sifat astringen yang berfungsi sebagai toner (mengecutkan liang roma) dan meremajakan kulit muka.


d. Pennywort India.

Herba ini sangat bagus untuk melawan ulser kronik dan masalah ekzema.


Kelebihan Himalaya Nourishing Skin Cream

Di bawah ini adalah kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan krim ini.


  • Menyuburkan kulit.
  • Melindungi kulit daripada pencemaran dan cuaca kering.
  • Melembapkan kulit daripada pengeringan.



2. Krim Malam Himalaya Anti Wrinkle.

Krim malam Himalaya Anti Wrinkle Cream

Harga untuk 50 ml : RM64.90


Krim malam anti kedut dari Himalaya Herbals adalah penyelesaian yang sempurna untuk kulit wajah yang lebih muda. 


Ia mampu menembusi jauh ke dalam kulit dan menyediakan tiga manfaat penting kepada penggunanya, iaitu:



  • Mengurangkan garis halus dan kedutan di muka yang menyebabkan kita nampak tua.
  • Melembabkan kulit supaya tidak kelihatan kusam tidak bermaya.
  • Membantu mengurangkan bintik umur.


Bahan-bahan utama di dalam Krim Malam Himalaya Anti Kedutan.



a. Aloe Vera.


Khasiat aloe vera sama seperti yang Mama tulis untuk krim pertama tadi. 


b. Anggur.


Buah ini kaya dengan AHAs (Alpha Hydroxy Acids) yang mengurangkan kedutan dan garis halus di kulit.





3. Himalaya Revitalizing Night Cream.


krim malam HIMALAYA Revitalizing Night Cream
Anggaran harga di pasaran: RM 46.50

Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream mempunyai kemampuan untuk menembusi jauh ke dalam kulit dan menjalankan tugasnya semalaman semasa kitaran pembaharuan semula jadi kulit sedang berlaku.


Krim malam dari Himlaya ini memberikan 3 manfaat penting yang menjadikan kulit lembut, halus dan bermaya.



  • Memperbaharui sel kulit.
  • Menghidrat / melembap kulit.
  • Memperbaiki kerosakan kulit yang berlaku pada kulit kita setiap hari.


Bahan utama Himalaya Revitalizing Night Cream.



a. Lily Putih.


Kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas dan memperbaiki kerosakan harian.


b. Buah tomato.


Buah merah ini kaya dengan flavonoid dan AHA (Alpha Hydroxy Acids) yang membantu pembaharuan sel.


Krim malam revitalizing Himalaya telah diuji secara dermatologi, tidak komedogenik, bebas daripada minyak mineral dan paraben, dan hypoallergenic.



4. Krim Malam Himalaya Youth Eternity.

Krim malam Himalaya Youth Eternity Night Cream

Himalaya Youth Eternity Night Cream adalah penemuan ramuan formulasi anti penuaan hebat hasil dari penyelidikan stem sel tumbuhan dan herba eksotik aktif. 


Campuran tumbuhan herba seperti stem sel tumbuhan Edelweiss, Woodfordia, Rose Myrtle, Cipadessa, dan Epal menghasilkan ramuan yang kaya dengan antioksidan kuat, polifenol, dan ciri ciri anti-penuaan.


Ramuan krim malam Himalaya ini jika di gunakan pada waktu malam akan berfungsi berterusan semalaman untuk memberikan penghidratan kulit yang menyeluruh.


Hasilnya, ia akan membantu mengurangkan garisan halus dan kedut di muka, menjadikan kulit lebih tegang, sihat, dan kelihatan muda.



4 Kebaikan menggunakan Himalaya Youth Eternity Night Cream



  • Mengurangkan garis halus dan kedutan dalam 4 minggu.
  • Memperbaiki dan menyeragamkan tona kulit.
  • Meningkatkan keanjalan dan penghidratan kulit.
  • Melicinkan kulit.


Bahan Utama Krim Malam Himalaya Youth Eternity.


a. Stem sel bunga Edelweiss.


Bahan ini boleh di temui di Banjaran Alps, Eropah.Tumbuhan ini telah terbukti mengandungi sifat sifat antioksida, anti-penuaan, dan menyamankan kulit.


b. Cipadessa, Rose Myrtle dan Woodfordia.


Herba di atas menggalakkan keanjalan dan kelembapan kulit, memperbaiki matriks sel kulit untuk melawan tanda-tanda penuaan.


c. Epal.


Khasiat epal kepada kesihatan memang di ketahui umum, Ia mempunyai sifat astringen semulajadi yang berfungsi sebagai antioksidan yang berkesan dan memelihat keadaan kulit.


Gunakan krim malam ini setiap hari di malam hari selepas kita membersihkan muka dengan pencuci muka. 



Selepas menyapu dengan rata di bahagian muka dan leher, ia akan diserap ke dalam kulit dan menjadikannya terhidrat dan bermaya. Hasilnya, ia akan menjadikan kulit kita kelihatan lembut, halus dan anjal dengan segera. 

Cara menggunakan krim malam Himalaya untuk kesan terbaik.

Bagi mendapat hasil yang terbaik, Sapukan krim malam himalaya dengan lembut pada muka dan leher 2 kali sehari, selepas mencuci muka dengan pembersih muka & toner. 

Gunakan setiap hari secara konsisten untuk mendapat hasil yang di idam idamkan. Ada banyak lagi jenama krim malam di pasaran.
Baca lebih lanjut tentang krim malam terbaik di Malaysia.
Seperti biasa, Mama ucapkan terima banyak banyak kerana mengunjungi blog ini. Tinggalkan pendapat, pengalaman anda menggunakan night cream Himalaya terbaik.

Jumpa lagi.
Previous Post Next Post

Contact Form