Dr Ko Klang, Klinik Pakar Kulit yang bagus ke?

klinik dr ko klang

Kalau anda bersiar siar di bandar Klang, memang mustahil akan terlepas pandang papan tanda klinik pakar kecantikan yang terkenal di Malaysia.

Lokasinya tak jauh dari Masjid bandar sungai yang berada di sebelah Pasar Jawa. Nak makan durian pun tak jauh dari sini.

Klinik Dr Ko Klang, Pusat rawatan kecantikan yang diyakini ramai!


Alamat: 10A-22A, Jalan Temoh & Off Jalan Goh Hock Huat, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu perniagaan premis ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Hari ahad tutup.

Telefon: 03-3343 3140

Memang banyak klinik yang menawarkan servis rawatan kecantikan kepada para pelanggannya. Tapi, mana yang bagus?
Bagus untuk bacaan anda: Klinik pakar kulit terbaik di Malaysia? Mungkin ini jawapan kepada masalah kulit yang anda hadapi!

Review pelanggan yang telah berkunjung ke Dr Ko Klang.

klinik dr ko klang 1

Hasil ulasan terkumpul setakat ini telah memberikan mata 3.8 dari 5.0 bintang berdasarkan 24 ulasan di Google.

Mama kongsikan beberapa review yang di ambil terus dari Google mengenai klinik ini.

Dari perhatian Mama, review bercampur antara positif & negatif.

Nur Atikah - 5 / 5 bintang
Klinik Dr. Ko klang ni sangat best. Doctor dan  Staff dia peramah. Saya buat treatment facial dengan acne scars dekat sini sangat puas hati :). Sure next time klau saya ada masalah kulit saya akan rujuk dekat klinik Dr.ko klang je. Sebab dekat dengan tempat tinggal saya. Apa pun saya ingin berterima kasih sangat dekat doktor dan staff yang lain sebab layan saya dengan baik sepanjang saya berada di klinik.

Zainab Aziz - 5 / 5 bintang
Saya bagi 5 bintang kerana saya amat berpuas hati selepas mendapatkan rawatan di Klinik Dr Ko. Kini masalah jerawat batu yang saya alami sebelum ini sudah dapat diselesaikan. Terima kasih Klinik Dr Ko untuk servis yang sangat baik!

Hazlinda Zainal - 5 / 5 bintang
Saya telah menjalani banyak rawatan di Dr. Ko, Klang sejak 2 tahun lalu dan perkhidmatan & rawatan mereka adalah sangat sangat sangat baik dan tidak pernah mengecewakan saya. Doktor begitu profesional dan baik hati. perkhidmatan pelanggan mereka juga baik kerana mereka dapat menjelaskan dengan baik setiap kali saya ada beberapa soalan untuk bertanya. Rawatan dan produk penjagaan kulit mereka adalah benar-benar AWESOME & AFFORDABLE. Saya benar-benar suka kulit saya sekarang! Saya sangat berpuas hati & memberikan anda semua 5 bintang !!!
bilik doktor dan pesakit

Namun begitu, masih ada juga perkara yang boleh ditambah baik dengan perkhidmatan yang diberikan.

Sebab itu ada juga review yang serendah 1 bintang diberikan. 

Tak pasti pula sama ada yang memberikan review tersebut orang sebenar ataupun gurauan nakal.

Hmm.

Pucuk pangkalnya, tepuk dada tanya selera.

Duit kita nak keluar untuk rawatan, jadi masing masing kena buat pertimbangan dulu.

Kesimpulan tentang Klinik Kulit Dr Ko di Klang.

Sekiranya anda mahukan rawatan kulit dari tenaga pakar, boleh cuba kunjungi mereka di Bandar di raja ini.

Memang banyak pilihan rawatan yang di sediakan.

Jika anda masih lagi ingin membuat bacaan lanjut mengenai Doktor Ko & klinik kulitnya, boleh teruskan membaca di bawah.

Teruskan membaca: Klinik Dr Ko, Ini sebab ramai lelaki & wanita mendapatkan rawatan kecantikan di sini.
Dr Ko Klang, Klinik Pakar Kulit yang bagus ke? Reviewed by Mama Hakim on October 28, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. Kadang kadang lalu di bandar klang ni akan ternampak klinik yang besar ni. Memang takkan miss sebab tepi jalan. Papan tanda pun sebesar besar ruang

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Nikmatterbaik

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.