Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Hak penjagaan anak selepas bercerai dalam islam

Rasulullah SAW bersabda,  “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya" Diriwayatkan d aripada Abu Hurairah RA Tuntutan hak penjagaan anak dalam islam. Betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada suami isteri yang dianugerahkan anak anak. Kehadiran cahaya mata bukan saja menyerikan rumah tangga, malah mereka juga menjadi ladang pahala selepas kita tiada lagi di dunia. Agama islam menuntut setiap penganutnya supaya memelihara nasab keturunan yang baik, dan salah satu caranya adalah melalui konsep Maqasid al-Syariah yang terkenal iaitu hifz al-nasl. “Hifz al-nasl” boleh diertikan sebagai penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan keturunan manusia di atas muka bumi ini. Penjagaan keturunan ini wajib dijaga dari kedua dua aspek rohani