Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

11 Ubat kencing manis tradisional! Cara kampung untuk kawal gula

Kencing manis memang dah jadi masalah besar. Bukan saja di negara kita, malah di seluruh dunia.  Walaupun segala macam ubat kencing manis dah dikeluarkan, masih belum ada lagi penawar yang mujarab untuk menyembuhkan sakit ini. Tak hairanlah, semakin ramai yang mencari perubatan alternatif. Dan kita boleh perhatikan fenomena ini di seluruh dunia. Dan salah satu caranya ialah melalui makanan yang kita ambil seharian. Tapi, bila di fikirkan semula. Kenapa penyakit ni tak menular dari dulu lagi, hanya di zaman moden yang perubatan sains serba maju? Terutama di bandar moden seperti KL yang kaya dengan tempat makan sedap. (Cuba baca senarai  kedai makan sedap di Kuala Lumpur yang ibusyurga.blogspot.com  buat ni. Tak terliur nak cuba?)

6 Pelan rumah 2 tingkat 4 & 5 bilik tidur. Design plan banglo percuma untuk anda!

Anda sedang mencari pelan banglo 2 tingkat untuk rumah idaman? Baca artikel ini hingga habis untuk 6 contoh plan percuma! Buat rumah ni bukan boleh main main kan. Bila rumah dah siap dibina, nak ubahsuai akan makan banyak kos. Apatah lagi jika rumah kita mempunyai sijil ccc. Sebab itu, penting untuk kita pilih betul betul pelan rumah yang ingin dibina. Sama ada nak buat 1 atau 2 tingkat. Di bawah ini, Mama kongsikan maklumat menarik tentang rumah 2 tingkat.

Kontraktor bina rumah banglo berikan 12 Tips buat rumah sendiri!

Apa yang kita fikirkan, cakap & lihat.  Akan memberi kesan pada hidup kita. Kalau teringin nak bina rumah banglo sendiri Kena selalu masuk rumah macam ni.  Alhamdulillah. Semalam kan hari rabu, waktu petang lepas balik kerja suami set masa dengan kawan sepersekolahannya. Sekarang ni jadi kontraktor buat rumah banglo.  Rumah lain dia tak ambil Fokus kepakaran.  Bagus tu. Main market niche. Kawan suami ni ada banyak juga tapak bina rumah yang sedang dibuat secara serentak. Salah satunya di Klang.  Rumah pasangan cikgu yang dah nak pencen.

7 Langkah mudah bina rumah atas tanah sendiri 2019.

Bina banglo yang anda boleh banggakan! Temui jawapan untuk semua soalan tentang membina rumah sendiri. Hasil dari pengalaman kami membina 100 buah banglo di Selangor & Negeri Sembilan selama 10 tahun. Ramai dari kita sudah pun mempunyai tanah sendiri, dan memasang impian untuk membina kediaman impian. Masalahnya, tak ada 1 panduan lengkap yang dapat membantu kita memahami proses melaksanakan niat ini. Anda berada di tempat yang betul.

7 Klinik pakar kulit untuk kecantikan! Mana yang terbaik?

Banyaknya pilihan klinik kulit! Tak tahu nak pilih yang mana. Kulit yang cantik & kelihatan licin berseri menjadi idaman ramai orang. Kalau dulu, orang perempuan memang obses nak nampak cantik. Tapi, sejak kebelakangan ni. Orang lelaki yang terpengaruh dengan budaya kepop pun dah terikut sama. Dah macam macam cara kita cuba. Dari penggunaan skincare, hinggalah mengamalkan petua untuk cantik. Hasilnya berbeza menurut individu. Kali ini, Mama nak kongsikan klinik kulit yang menawarkan rawatan kecantikan. Memang banyak sungguh pusat seperti ini dibuka, tapi tak semua bagus dan berkesan. Jadi, a rtikel ini Mama nukilkan untuk membantu menjawab semua soalan yang kerap ditanya sebelum membuat rawatan kecantikan di klinik kulit. Dan juga senarai klinik kulit paling popular di Malaysia. Kita mulakan senarai ini dengan segera. Sudah bersedia?