Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Pelan rumah 2 tingkat 4 bilik tidur banglo moden.

Rekaan rumah banglo 2 tingkat bercirikan moden dan berkonsepkan keselesaan pada setiap ruang ini mempunyai “layout” rumah yang agak “straight forward” untuk memudahkan dan menyelesakan pemilik rumah untuk bergerak di dalam rumah ini.  Setiap ruang dan bilik di rumah ini juga menerima cahaya semulajadi untuk mencerahkan dan menjamin keselesaan ruang dan bilik itu.  Rekaan “louvers” diletakkan pada “double volume” di atas ruang keluarga untuk pengudaraan dan “louvers” pada tingkap sebagai penghadang untuk menjamin privasi ruang itu dari luar.  Dengan berkeluasan 3183 kaki ², rekaan ini memuatkan 4 bilik tidur dan 5 bilik air.  Rekaan ini sesuai untuk tanah yang memanjang ke belakang dan bentuk “layout” rumah ini juga dapat memuatkan taman pada tengah-tengah rumah ini.