Jerawat Batu Di Dagu & Dahi? 4 Cara Menghilangkan Parut Jeragat Untuk Anda Cuba!

Grrr geramnya. Jerawat naik lagi!
jerawat batu di dahi dan dagu




Masalah jerawat di muka memang memeningkan. Sebenarnya, ini salah satu cara badan kita memberitahu diri, ada sesuatu yang tak kena.

Mama pun baru tahu, jerawat batu yang naik di dahi, dagu, pipi dan hidung memberikan maksud berbeza.
Baca sungguh sungguh artikel ini untuk kurangkan masalah jerawat batu naik lagi! Terutama sekali jika dah cuba skincare terbaik di Malaysia, tapi tak selesai juga.





Mungkin bukan salah skin care yang kita dah guna. Tapi disebabkan cara hidup kita.

Dan dari sini, kita boleh lakukan sesuatu dalam kehidupan seharian di rumah. Sama ada kita ubah cara hidup seperti makanan yang di ambil di rumah & di luar rumah.

Amalkan pantang makanan berminyak & berlemak & sebagainya.

Boleh jadi kita sudah pun rajin menggunakan skincare, cuci muka dengan pembersih muka, pakai toner dan pelembap. Tapi jerawat batu masih lagi muncul.

Jadi, selepas ini bolehlah kita amalkan tips di bawah bersama sama penggunaan skincare untuk elak jerawat muncul dari tempat yang sama lagi.

Tips yang Mama beri banyak melibatkan cara hidup sihat & tidak melibatkan ubat.

Perhatikan Lokasi Jerawat di Muka Kita & Kaji Sebab Ia Berlaku! Tak perlu habiskan duit untuk beli skincare terbaik & rawatan kulit muka dari klinik pakar.




Pernah tak anda alami jerawat di kepala, leher, ketiak & tentu sekali di muka? Perhatikan dengan teliti di mana jerawat kita sering muncul.

Ada pendapat yang mengaitkan dengan lokasi jerawat muncul di muka dan apa yang menyebabkannya. Teori ini di kenali sebagai "Face mapping / Pemetaan wajah".


jerawat di dahi

A. Jerawat Di Dahi

Jerawat di dahi biasanya dikaitkan dengan masalah dalam sistem pencernaan.

Ini mungkin menunjukkan kita mengalami kesulitan dalam menghadam makanan tertentu. 

  1. Ia juga boleh menandakan kita mengalami 
  2. Masalah hati
  3. Tekanan
  4. Jadual tidur yang tidak teratur

Dahi adalah salah satu kawasan paling biasa di mana jerawat batu muncul & menyebabkan rasa tak selesa yang amat sangat.

Fizikal & mental. 

Mama akan berkongsi di bahagian ini tentang sebab & cara mengatasi jerawat di dahi.


Apa penyebab kepada jerawat di dahi?

Jerawat di kawasan dahi boleh berlaku kerana beberapa sebab, di bawah ini Mama senaraikan punca punca tersebut.


1. Produk Kosmetik Yang Kurang Sesuai. 

Jerawat di dahi boleh berlaku disebabkan oleh solekan atau syampoo rambut tertentu yang mungkin tidak sesuai dengan kita. 

Bahan kimia dari dalam syampu atau losyen tertentu boleh meleleh dari rambut kita semasa digunakan & terkena kulit di kawasan dahi.

Ini akan merengsakan kulit dahi yang sensitif & mengakibatkan pori / liang roma tersummbat yang akhirnya menyebabkan masalah jerawat.


2. Kulit kepala berminyak & masalah kelemumur.

Kelemumur dan minyak berlebihan di kulit kepada hasil dari peluh boleh menyumbat liang liang roma kulit & menyebabkan jerawat batu. 


Kelemumur adalah salah satu penyebab paling biasa masalah jerawat dahi. Lelaki & wanita yang mempunyai kulit kepala berminyak juga terdedah kepada jerawat di dahi, dada atas dan bahagian belakang badan.


3. Terlalu berlebihan dalam mengelupas kulit mati. 

Kita memang di galakkan untuk melakukan proses pengelupasan menggunakan produk skincare seperti toner & sebagainya.

Tetapi biarlah secara sederhana.

Pengelupasan memang akan membantu dalam menghilangkan sel sel kulit mati dari permukaan kulit yang akan menyumbat liang roma & menyebabkan jerawat batu.

Tetapi, jika dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kerengsaan pada kulit. 

Mama galakkan untuk kita melakukannya paling kerap 2 kali seminggu.


facemapping jerawat


4. Masalah pencernaan / penghadaman

Bukankah ada perumpamaan di dalam bahasa inggeris yang berbunyi sebegini.
"We are what we eat"
Apa saja yang kita makan setiap hari akan memberikan kesan kepada kecantikan & kesihatan badan kita.

Dan ini juga akan mempengaruhi jerawat yang muncul di dahi.

Jerawat di dahi bukan saja menyakitkan malah tidak manis di pandang.

Sistem penghadaman yang sihat akan membantu kita menyerap semua nutrien dari makanan yang kita makan.

Dan juga pada masa yang sama membantu menghilangkan toksin dalam badan.

Banyak kajian menunjukkan masalah yang berlaku di saluran penghadaman seperti sembelit, pedih ulu hati / gastrik dan perut kembung ada kaitan terus dengan jerawat. 

Masalah yang berlaku di dalam saluran penghadaman ini akan mempengaruhi bilangan jerawat yang muncul.


5. Iritasi di sebabkan pakaian atau kosmetik.

Kerengsaan yang disebabkan oleh pakaian atau bahan kimia dalam kosmetik yang digunakan kita setiap hari boleh menyebabkan jerawat di kawasan dahi.

Ini sangat memberi kesan terutama sekali pada mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

Bukan senang nak rawat jerawat pada kulit sensitif.

Macam mana kita nak tahu sama ada pakaian & kosmetik yang digunakan menyebabkan jerawat?

Cuba perhatikan sama ada setiap kali kita menggunakan jenama solek baru, adakah jerawat akan naik dengan banyak.

Ataupun jika kita memakai tudung baru yang merengsakan kulit kita. Kita juga tidak digalakkan menyentuh kulit muka kerana jari jari kita boleh memindahkan bakteria kepada liang roma di dahi.

Ataupun semasa kita menginap di hotel semasa melancong, pastikan sarung bantal bersih.

Mana tahu alas bantal kotor kerana tidak di tukar.

Jika kita menunggang motorsikal, memakai topi keledar untuk keselamatan adalah satu kemestian. 

Walau bagaimanapun, bahagian dalam topi keledar mungkin kotor & tidak mudah untuk dibersihkan.

Peluh dari kulit kita yang meresap ke bahagian dalam topi boleh menjadikan topi keledar sebagai tempat pembiakan bakteria. 


Dan tanpa kita sedari, setiap kali kita memakainya dan bersentuhan dengan dahi , boleh menyebabkan jerawat.


6. Tekanan emosi.

Kajian telah menunjukkan, orang yang tertekan lebih mudah mengalami masalah jerawat.

Ini kerana tekanan boleh mengganggu keseimbangan hormon dan juga pengeluaran minyak dari kulit yang lebih banyak dari biasa.

Keadaan ini akan menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar peluh dan akan menyumbat folikel rambut yang akhirnya lebih banyak jerawat terbentuk.


7. Memicit jerawat

Memicit jerawat akan menyebabkan bakteria penyebab jerawat tersebar dan menyebabkan lebih banyak jerawat. 

Gunakan produk skincare yang sesuai untuk menghilangkan jerawat & elakkan memicit bom jerawat.

Jangan beli skincare sebarangan sebelum yakin ia serasi dengan kulit kita.


Supaya kita tidak menjadi mangsa.


8. Liang roma / pori tersumbat

Kawasan dahi adalah kawasan kulit muka yang mudah berminyak. Ini kerana dahi terletak di zon T, dari dahi ke hidung.

Kulit yang berminyak dengan berlebihan akan mudah mengalami keadaan liang-liang roma tersumbat, dan akhirnya menyebabkan jerawat.


9. Kulit kepala Jenis berminyak

Sekiranya kita mempunyai kulit kepala yang berminyak, minyak ini boleh turun ke kawasan dahi melalui peluh ataupun sentuhan tangan.

Dan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan akhirnya keluarlah jerawat di dahi kita.


10. Masalah hormon dan faktor genetik / keturunan

Salah satu penyebab yang kita sering terlepas pandang. Mungkin keluarga kita sejak turun temurun sudah ada masalah jerawat.

Dan disebabkan oleh faktor hormon dan genetik. 

Kulit kita mungkin mudah diserang jerawat. Wanita yang sudah akil baligh akan mengalami kitaran haid, dan ada diantara kita yang akan naik jerawat dengan banyak semasa haid.

Kitaran haid memang mempengaruhi hormon di dalam badan wanita yang boleh menyebabkan jerawat. 

Sebab itu, ada kawan kawan kita yang tiap kali mengalami haid atau mengandung terus naik banyak jerawat. 

Senang sangat jerawat nak naik.

Bagaimana cara menghilangkan jerawat di dahi?

Di bawah ini Mama berikan beberapa amalan yang bagus untuk mengatasi masalah jerawat di kawasan dagu.


1. Amalkan pemakanan yang sihat!

Antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat, kawal apa yang kita makan sebaiknya.

Dibawah ini Mama beberikan beberapa amalan pemakanan yang baik

  • Pastikan kita sentiasa makan makanan seimbang yang kaya serat. Makanan seperti buah-buahan & sayur-sayuran berdaun hijau bukan saja kaya khasiat, malah sangat baik untuk kesihatan kulit.
  • Elakkan makanan yang mempunyai no indeks glisemik tinggi iaitu nakanan yang kaya gula. Makanan indeks glisemik tinggi seperti kek, roti putih meningkatkan tahap gula darah dan menggalakkan jerawat
  • Pastikan kita minum air kosong secukupnya.
  • Kurangkan pengambilan makanan berasid.
  • Berhenti merokok.
  • Jangan minum minuman beralkohol. Arak itu haram untuk orang islam.
  • Amalkan makan yang kaya serat untuk detoks toksin dalam badan & membantu sistem penghadaman yang lebih sihat.


2. Dapatkan Rehat dan lakukan senaman secara berdisiplin.

Rehat dan senaman yang mencukupi merupakan 2 cara hidup yang mudah untuk diamalkan jika kita ingin menghilangkan dan mencegah jerawat. 

Senaman akan mengurangkan tahap hormon kortisol yang menyebabkan tekanan & badan kita akan menghasilkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.


3. Jaga kebersihan diri.


Islam itu agama kebersihan, bukankah kebersihan itu separuh daripada iman?

Dan kita di galakkan bersugi setiap kali sebelum solat.

Amalan menjaga kebersihan sangat membantu dalam mengelakkan masalah jerawat.

Pastikan kita sentiasa membersihkan kulit dengan baik untuk mengurangkan pembentukan minyak / sebum yang akan menyumbat liang roma kulit kita. 

Pembentukan minyak akan cenderung untuk memerangkap bakteria dan menggalakkan pembentukan jerawat. T

Kita juga boleh kerap mengamalkan produk skincare yang bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit.

Ini akan membantu menghilangkan kulit mati di permukaan kulit yang akan menyebabkan pori tersumbat & menyebabkan jerawat.


4. Jangan sesekali tekan jerawat.

Jangan tekan jerawat kerana ini akan memburukkan lagi pelarian, menyebabkan tanda parut atau jangkitan.

Selesai sudah bahagian jeragat di kawasan dahi.

Seterusnya, apa pula makna jerawat yang tumbuh di kawasan dagu / rahang?


B. Jerawat Di Dagu

Siapa yang ada masalah jerawat di dagu? Terutama semasa waktu waktu period?

Jerawat yang muncul di dagu sering terjadi kerana perubahan dalam hormon dalam badan kita. 

Remaja & wanita terutama biasa mengalami masalah jerawat keluar di dagu pada hari-hari sebelum haid.

Hormon akan merangsang pengeluaran minyak, yang menyebabkan peningkatan bakteria terperangkap dalam liang-liang roma. 

Ini mengakibatkan jerawat yang menyakitkan.

Cuba berikan perhatian yang lebih kepada penjagaan kulit kita. 

Pengambilan makanan yang membantu mengawal kitaran hormon semula jadi kita akan membantu mengawal masalah ini.

Pastikan juga untuk menjaga kebersihan diri, terutama semasa waktu haid hampir tiba.

Paling mudah, cuba elakkan supaya tangan kita tidak mentuh kulit muka. Tidak kiralah sama ada dengan meletakkan muka di atas tangan sebagai "bantal lengan" apabila bosan atau letih.

Ini kerana, ia boleh memindahkan minyak & kotoran dari jari ke dagu, yang akhirnya menyebabkan jerawat.


Apakah punca jerawat muncul di dagu?

penyebab jerawat di dagu

Kebanyakan kajian yang di jalankan oleh saintis mendapati penyebab masalah ini berlaku ialah perubahan hormon.

Ya, hormon.

Antara perkara yang boleh menjadi pencetus perubahan ini berlaku ialah kurang tidur, perubahan persekitaran dan mengandung.

Mudah untuk kita kawal masalah jerawat jika kita faham puncanya. Sebab itu Mama syorkan untuk baca link di bawah ini.
Baca tentang penyebab jerawat di dagu dan cara berkesan menghalangnya dari berulang.



Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan jerawat di dagu & sekitar rahang mulut?


1. Halang tangan kita dari menyentuh dagu!


Nak menghalang jerawat dari tumbuh, kita mesti halang & kurangkan puncanya dahulu.



Iaitu bakteria yang terperangkap di dalam liang roma.



Dengan hanya menghalang diri kita dari menyentuh permukaan kulit dagu dan rahang, akan dapat mengelakkan bakteria penyebab jerawat dari dipindahkan kepada kulit. 



Perbuatan kita menyentuh kulit muka tanpa sedar menjadikan wajah kita salah satu kawasan paling kotor di badan.



Patutlah jerawat naik macam cendawan tumbuh selepas hujan kan.



Apa contoh aktiviti yang biasa kita buat tanpa sedar, semasa bersin kita tutup muka dengan tapak tangan.



Bergurau dengan suami dan anak anak, kita tahan ketawa dan tutup muka dengan tangan sebab nak tahan gelak.



Belum masuk termenung memikirkan menu masakan malam ni. Tangan mesti letak di dagu kan.



Kalah profesor kat universiti tu berfikir baca tesis pelajar phd nya.



Hehe.



Sebab itu kita orang islam ada kelebihan, solat 5 waktu sehari semalam saja kita dah cuci tangan sekurang kuranganya 15 kali sehari.

Belum tambah masa kita bangun tidur gosok gigi dan lepas makan kan?

Pastikan juga kita basuh tangan kita sebelum tidur kerana semasa tidur kita tidak tahu dimana tangan kita akan pergi semasa kita lena di alam mimpi.

Dan sunnah nabi untuk cuci tangan selepas bangun tidur di rumah atas sebab yang sama.

2. Kerap bersihkan telefon bimbit bimbit kita.

Zaman sekarang ni, handphone adalah keperluan, kalau keluar tak bawa handphone rasa risau saja.

Manalah tahu kalau ada kecemasan, susah untuk di hubungi.

Betapa pentingnya telefon pintar, tapi kan kita selalu terlepas pandang sesuatu.

Tangan kita yang sibuk bekerja & memegang banyak permukaan akan sentiasa memegang handphone.

Boleh jadi permukaan handphone kita kotor dan penuh dengan bakteria.

Ini akan memindahkan bakteria tersebut dari tangan ke kulit muka kita semasa menjawab panggilan & mungkin menjadi penyebab jerawat.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan bakteria dan kuman yang terdapat pada handphone?

Kita boleh lap telefon pintar kita setiap hari untuk mengelakkan bakteria yang tidak perlu daripada berpindah ke kulit.


3. Berhenti memakan produk berasaskan susu selama 21 hari.

Mama pun baru tahu yang kulit adalah organ paling besar di badan manusia, dan salah satu organ penting dalam menyingkirkan sisa perkumuhan badan.

Kulit kita akan menghilangkan bahan yang tidak sesuai dengan tubuh kita dengan mengeluarkan peluh & jika tidak boleh disingkirkan melalui peluh, boleh juga keluar melalui jerawat.

Antara makanan yang terkenal dalam menyebabkan jerawat adalah produkk tenusu seperti keju, yogurt, susu segar dan ais krim.

Tak kiralah susu lembu lembu atau susu kambing.

Produk berasas susu menyebabkan pembentukan mukus yang sukar untuk dicerna oleh badan kita.

Terutama bagi mereka yang menghadapi masalah tidak toleran kepada laktosa.

Mama ada baca kajian tentang diet yang diambil & kaitannya tentang jerawat di sini.

Mengambil banyak produk tenusu lebih dari kemampuan badan untuk mencerna akan menyebabkan badan kita mengeluarkan bahan lebihan ini melalui jerawat di bawah dagu.

  • Kebanyakan lembu tenusu diberi hormon pertumbuhan untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Pengambilan produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt akan mempengaruhi tindak balas hormon dalam badan kita. 
  • Ini kerana hormon dari produk tenusi ini mungkin sangat menyamai hormon manusia yang berfungsi menambahkan pengeluaran minyak pada kulit.
  • Seperti yang kita tahu, kulit berminyak boleh menjadi punca keluarnya jerawat yang banyak.
  • Terdapat lebih banyak kelenjar peluh di bawah kawasan dagu di muka.
  • Badan kita akan mengeluarkan hormon dari produk tenusu dengan banyak, khususnya di kawasan dagu dan kawasan rahang. 


Jika kita sudah menjaga kebersihan muka dengan penggunaan skincare seperti pencuci muka, toner dan lain lain.

Tapi jerawat masih lagi keluar, mungkin juga ini adalah penyebabnya.

Jika selepas 21 hari kita berhenti memakan semua jenis produk tenusu & jerawat betul betul tak naik.

Kita ada pilihan untuk memilih makanan yang lebih sesuai untuk mengelak pertumbuhan jerawat.

Contohnya, Mama pasti semua pengantin baru inginkan kulit yang cantik dan bersih di hari bahagia mereka kan?

Jadi boleh lah pantang makan lama sikit. dalam 2 bulan supaya muka kita licin dan bersih flawless kan.

4. Tumpukan perhatian rawatan jerawat pada kawasan yang terjejas saja.

Ini ilmu yang sangat berharga untuk bacaan kita semua dalam mengelakkan jerawat dari merebak.

Kita sering guna skincare untuk merawat jerawat.

Mama ada baca yang rawatan menggunakan skincare mengurangkan jerawat seperti pembersih muka untuk jerawat & serum khas akan mengeringkan kulit.

Gunakan produk tersebut pada kawasan yang mengalami masalah jerawat saja.

Elakkan dari mencuci keseluruhan muka kita yang tidak terjejas dengan jerawat kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi kering.

Kulit yang kering akan kelihatan kurang seri & kusam.

Memang tidak menarik.

Cara menghilangkan jerawat di dagu dengan bahan yang ada di rumah! Tak tinggal parut.

air batu untuk merawat jerawat
Air batu boleh kita gunakan untuk rawat jerawat dagu. Ada 6 lagi barang lain. Teruskan membaca di bawah.

Kadang kadang, kita terlalu sibuk rawat jerawat dengan krim dan segala macam produk.

Sampai terlupa yang ada barang di rumah yang selamat dan berkesan boleh di gunakan untuk hapuskan jerawat.

Mama ada tulis 1 artikel bergambar yang menarik, dan menerangkan kebaikan setiap bahan tersebut.
Baca lebih lanjut di sini tentang 7 bahan semulajadi yang efektif sebagai cara menghilangkan jerawat. 1 Mama dah beri di atas. Ada 6 lagi. 

Adakah selamat untuk memicit jerawat yang tumbuh di badan & muka kita?

Ramai dari kita cukup seronok picit jerawat kan, geram sangat!

Tapi, bawak bersabar dan tarik nafas dalam dalam. 

Tindakan kita memicit jerawat yang ada di muka & di seluruh badan tidak akan menyelesaikan masalah.

Malah, boleh memburukkan keadaan.

Memicit jerawat akan memindahkan kotoran dari jari kita terus ke kulit, yang boleh menyebabkan jangkitan. 

Apabila kita memicit jerawat, kesan yang tidak di ingini akan berlaku seperti mengambil masa yang lebih lama untuk menyembuhkan berbanding membiarkan saja.

Dan ia juga boleh meninggalkan parut kekal yang lebih menyakitkan mata sampai bila bila.


Kesimpulan tentang jerawat yang timbul di muka!

Tiada siapa suka jerawat, dan nak menghalang ia keluar sepenuhnya memang mustahil.

Di harap tips & petua yang Mama berikan disini dapat sedikit sebanyak membantu kita semua menguruskan masalah kulit kita ini.

Jerawat bukan masalah besar kalau kita ada ilmu yang betul untuk menghadapinya.

Semoga bermanfaat. Kongsikan pengalaman & pendapat kita dalam menangani jerawat di ruangan komen.

Semoga sama sama dapat kebaikan.

Previous Post Next Post

Contact Form