8 Pelembap muka terbaik untuk kulit gebu. Sapu sungguh sungguh

Wah, cantiknya kulit wanita korea. Nampak halus dan flawless. Bersinar lagi tu.
Pelembap muka terbaik


Semua orang mahukan kulit yang cantik dari dalam. Nampak lembap dan tak kering kusam. Tapi, macam mana nak dapat kulit macam ni. Penggunaan pelembap muka, skincare terbaik akan membantu semua ini.



8 Jenama pelembap muka terbaik di pasaran Malaysia.


Kita mulakan dengan jenama yang tak asing lagi.


pelembap muka safi

1. Moisturizer Safi - Skincare pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya



Pelembab terbaik pada harga berpatutan.
  • Jenama tempatan yang tak asing lagi. Ada banyak pilihan moisturizer dari safi untuk pilihan kita.
  • Moisturizer jenama safi ini menggunakan lidah buaya dan manggis dalam ramuannya. Seperti biasa, pastikan dulu jenis kulit baru cuba. 
  • Krim ini mengandungi ekstrak lidah buaya untuk memberi kesegaran kepada kulit muka dan memberikan kelembapan yang sepenuhnya agar kulit muka kelihatan lebih segar dan lembap sepanjang masa.
  • Gunakan dengan konsisten untuk mengurangkan tona hitam di muka & warna kulit muka yang sekata. 
  • Amalkan selalu untuk mengembalikan nutrien yang hilang dari kulit muka akibat dari persekitaran yang tercemar.

Pelembap muka Total Effects 7 In One Day Cream

2. Moisturizer Olay - Pelembap muka Total Effects 7 In One Day Cream

Pelembab muka untuk tampil lebih muda. Gunakan skincare terbaik ni.
  • Sesuai digunakan pada siang hari untuk memulihkan semula tekstur kulit yang lembut, lembap & awet muda. 
  • Jika kulit anda kering & kusam, sapu krim ini setiap hari untuk mengurangkan kedut, melembutkan kulit & bintik-bintik hitam di muka.
  • Ramuannya mengandungi ekstrak teh hijau yang kaya vitamin B3, Pro-B5 dan E untuk kelembapan kulit kering, melindungi kulit muka daripada alam sekitar yang tercemar & menegangkan kulit. 
  • Ia juga membantu menyekatakan warna dan tona kulit yang sekata sambil mengurangkan bintik-bintik hitam di wajah.

Pelembap Intensive Moisturizing Cream


3. Moisturizer Himalaya - Pelembap Intensive Moisturizing Cream

Pelembab muka berasaskan herba ayurveda untuk memelihara kelembapan kulit.
  • Fungsi utama yang diperkenalkan oleh krim ini adalah untuk kelembapan, perlindungan dan penjagaan kulit terutamanya bagi kulit yang kering. 
  • Krim Himalaya ini mampu melembapkan kawasan kulit anda yang sangat kering. 
  • Kandungan minyak badam dan jojoba di dalamnya bertindak sebagai pelembap asli yang memelihara lembapan kulit.
  • Vitamin E semulajadi di dalam krim pelembap ini memastikan kelembutan kulit terpelihara. 
  • Membantu melindungi & membekalkan nutrien kepada kulitdaripada kerosakan berterusan oleh faktor persekitaran. 
  • Tekstur moisturizer muka himalaya agak pekat untuk memerangkap lembapan dalam tempoh masa yang lebih lama. 

Pelembap muka Vitamin E Gel Moisture Cream



4. Moisturizer The Body Shop - Pelembap muka Vitamin E Gel Moisture Cream

Pelembab muka untuk kulit muka yang segar & cukup lembapan. Skin care terbaik patut cuba.
  • Rumusan pelembap ini tidak mengandungi minyak & diperkaya asid hyaluronic semulajadi yang dikenali khasiatnya untuk kecantikan kulit.
  • Kekalkan lembapan & air didalam kulit sehingga 48 jam setiap hari selepas digunakan.
  • Krim ini pantas diserap kulit & mengandungi vitamin E ini bersumberkan herba untuk perlindungan kulit daripada kuman dipersekitaran.
  • Antara bahan bahan yang digunakan untuk moisturizer ini ialah ekstrak raspberry, ekstrak lidah buaya organik dari Mexico dan  gandum perancis yang telah terbio-fermentasi.
  • Ramuan ini akan memberi kesegaran serta memelihara kelembapan kulit. 



Pelembab muka Neutrogena Hydro Boost Water Gel

5. Moisturizer Neutrogena - Pelembab muka Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Pelembap untuk kulit lembut & licin.
  • Membantu memelihara hidrasi & kelembutan kulit, memang sesuai untuk kulit kering. 
  • Boleh digunakan foundation sebelum bersolek & tidak akan menyumbat liang roma dimuka.
  • Ia tidak mengandungi alkohol.
  • Kandungan asid hyaluronik di dalamnya membekalkan hidrasi kepada kulit dengan meningkatkan kemampuan kulit menyerap air untuk kulit yang lebih lembut dan licin.

Cetaphil - Pelembab muka Daily Advance Ultra Hydrating Lotion


6. Moisturizer Cetaphil - Pelembab muka Daily Advance Ultra Hydrating Lotion

Pelembap muka untuk kulit sensitif.
  • Krim pelembap Cetaphil telah menjalani ujian makmal & selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius seperti ekzema.
  • Dengan menggunakannya setiap hari, kulit kita mampu mengekalkan kelembapan sehingga 24 jam.
  • Produk ini tiada fragrance, tidak berminyak,  & tidak mengganggu keselesaan semasa sapuan. 

Garnier - Pelembap muka Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream


7. Moisturizer Garnier - Pelembap muka Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream

Krim pelembap kulit sensitif dengan perlindungan dari sinar uv.
  • Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran berbahaya dari matahari. 
  • Moisturizer ini sesuai digunakan untuk kulit yang sangat peka. 
  • Kandungan SPF 21 memberikan perlindungan daripada sinaran uv matahari 21 kali lebih baik berbanding tanpa menggunakannya.
  • Pelembap ini dirumus dengan vitamin B3, C & pati bunga Sakura untuk mencerah, memberi kulit kita perlindungan, kelembutan yang berterusan & tona muka tidak sekata.


Nivea - Pelembab muka Express Hydration Body Lotion


8. Moisturizer Nivea - Pelembab muka Express Hydration Body Lotion

Pelembap yang bagus untuk 8 tanda kulit kering.
  • Rumusan Hydra IQ dari pelembap ini akan diserap ke dalam lapisan kulit untuk menghidrasi kulit kita.
  • Haruman bunga teratai biru membantu kesegaran kulit & memastikan lembapan kulit terpelihara.
  • Kandungan mineral laut di dalamnya membantu membetulkan 8 tanda-tanda kulit yang kering. 
  •  Krim ini amatlah sesuai digunakan oleh setiap individu yang mempunyai masalah kulit kering yang berbeza. Kulit anda akan mendapat bekalan lembapan tanpa henti dari dalam kulit dan ianya kerana bantuan yang diberikan oleh losyen badan Nivea Express Hydration ini.

Ini panduan mudah memilih pelembap muka terbaik berdasarkan jenis kulit.

Membeli Pelembap muka terbaik

Penting untuk kita untuk mengekalkan tahap minyak yang tepat supaya kulit kita sihat dan jelita setiap masa. 

Apa jadi kalau kulit kurang lembapan (minyak), sudah tentulah ia akan menjadi kering, tapi kalau terlebih minyak pun masalah.


Rasa melekit dan tak selesa. Dan nampak berkilat. Menjejaskan penampilan dan keyakinan diri di hadapan orang ramai.


Hari ini Mama akan kongsikan cara memilih moisturizer terbaik di drugstore seperti watson. Semoga bermanfaat.



[PENTING] Jangan beli pelembap wajah sebelum cuba tips di bawah!

Langkah paling penting untuk mencari pelembap wajah yang sempurna ialah dengan mengetahui jenis kulit yang kita ada . 

Kulit kering ke, kulit berminyak ke, kulit sensitif atau jenis kombinasi.


Cara paling kacang untuk menguji jenis kulit kita ialah cuci muka dan jangan gunakan sebarang produk. 


ujian jenis kulit pelembap kulit


Selepas beberapa jam, ambil tisu dan sentuh tisu ke wajah kita di beberapa lokasi. Contohnya, di zon T (Dahi dan hidung), kemudian di pipi, dagu dan rahang.


Cuba perhatikan kesan yang terdapat pada tisu tersebut. Sama ada ia kering ataupun ada kesan berminyak.


Kalau kita dapati langsung tiada kesan minyak, maknanya kulit kita jenis kering. Sebaliknya, kalau semua kawasan berminyak, ini menandakan kulit kita jenis berminyak.


Andai, tisu tersebut menunjukkan ada kawasan yang kering, ada pula berminyak. Ini menunjukkan kita ada kulit jenis kombinasi.


Setelah kita tahu jenis kulit, barulah boleh pilih moisturizer yang sesuai.


Pelembap wajah untuk kulit kering!

Untuk kulit kering, pelembap dengan tekstur tebal dan pekat adalah yang terbaik. Kulit kita secara semulajadi akan menghasilkan minyak dan sebum semulajadi dengan tekstur yang berat dan berlilin untuk mengekalkan lembapan. 

Jadi jika kita mempunyai kulit kering, seeloknya kita perlu menggunakan pelembap muka (Wikipedia) yang mempunyai ciri-ciri yang sama.


Tapi, bukan ke minyak akan menyebabkan liang roma tersumbat dan menyebabkan jerawat. Bagi orang yang mempunyai kulit kering, tak perlu risau sangat tentang liang tersumbat.


Cuba cari produk pelembap untuk kulit kering  yang mengandungi bahan seperti
  1. Asid hyaluronik dan dimethicone, yang membantu mengekalkan kulit terhidrasi. 
  2. Glycerin, propylene glycol, protein, dan urea untuk membantu menarik air ke kulit. 
  3. Lanolin, minyak mineral, dan petrolatum untuk mengunci kelembapan dalam kulit.

Pelembap yang mencukupi dan tidak berlebihan akan memberikan kulit yang gersang menyerap minyak untuk kembali nampak bersinar. 


Lembapan ini akan di kunci di dalam kulit untuk kulit yang licin dan cantik.
Nak tahu jenama pelembab muka untuk kulit kering terbaik di Malaysia? Baca lebih lanjut di sini.

Pelembap wajah untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Sekiranya kita mempunyai kulit jenis berminyak, kita mesti memilih produk pencuci muka terbaik dan pelembap yang sesuai.

Ini kerana, produk yang salah akan terasa lebih berminyak daripada sebelum menggunakannya.

Sebaliknya, produk terbaik akan membantu mengurangkan penghasilan minyak semulajadi dari kulit. 

Minyak semulajadi dari kulit mempunyai tekstur tebal, ia juga akan memerangkap kotoran serta kulit mati dan mudah menyebabkan liang roma tersumbat jika dihasilkan terlalu banyak.

Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah menggunakan pelembap berasaskan minyak yang ringan. Ini akan membawa keseimbangan kepada pengeluaran minyak yang dihasilkan kulit.

Menggunakan minyak ringan yang mudah diserap kulit akan membolehkan ia terus melembapkan secara semula jadi dan mengimbangi pengeluaran minyak.

Minyak ringan juga kurang cenderung untuk memerangkap kotoran. Sekiranya kita mudah naik jerawat, pertimbangkan mencari pelembap wajah bukan komedogenik yang tidak akan menyumbat liang-liang.

Nak tahu pelembap muka untuk kulit berminyak yang ada di pasaran? Teruskan membaca di sini.

Pelembap wajah untuk kulit kombinasi.

Pelembap muka untuk kulit kombinasi

Kulit kombinasi adalah gabungan kering dan berminyak. Kita dah ceritakan ciri ciri kedua dua jenis kulit ini di atas.

Jadi, penting untuk memberikan keseimbangan lembapan kepada bahagian berbeza di muka kita. Terlalu kurang akan menyebabkan ia kering, terlalu banyak pula menyebabkan liang tersumbat.

Jika kita bertuah memiliki kulit jenis ini, contohnya kering di kawasan zon T dan berminyak di bawah dagu. Penting untuk menggunakan pelembap yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Ia akan membantu mengunci kelembapan dan mengekalkan penghidratan yang seimbang. 

Kita juga mungkin perlu memberikan lebih perhatian kepada zon zon berbeza ini bergantung kepada masalah yang kita hadapi di kawasan tersebut.


Pelembab wajah untuk kulit sensitif.

Kulit jenis sensitif mudah bertindakbalas dengan bahan di dalam produk yang di gunakan. Contohnya seperti alkohol dan fragrance (wangian).

Gunakan pelembap yang bersifat hypoallergenic dan bebas wangian. Tips yang lebih mudah dari ahli dermatologi (pakar kulit) ialah gunakan moisturizer yang mengandungi kurang daripada 10 bahan.

Ini kerana produk dengan kandungan bahan yang sedikit mengurangkan risiko berlaku reaksi alahan pada kulit.

Alhamdulillah, sudah selesai dengan pelembap yang sesuai untuk kulit berbeza. 

Seterusnya, untuk memudahkan anda membuat keputusan. Mama kongsikan jenama pelembap muka di pasaran.

Sekarang saya sudah dapat moisturizer paling sesuai untuk kulit. Apa langkah seterusnya?


Pakai pelembap dengan cara yang betul supaya hasilnya terbaik!


cara menggunakan pelembap muka



Pastikan kita mencuci muka sebelum menggunakan pelembap. Skincare routine yang baik untuk orang Malaysia ialah membasuh muka kita sekurang kurangnya dua kali sehari. (Untungnya orang islam, paling kurang mesti cuci muka 5 kali sehari masa ambil wudhu.)


Apabila mencuci muka, gunakan air suam-suam kuku kerana air panas akan mengeringkan kulit kita.

Sapukan sebarang rawatan wajah yang biasa di gunakan (contohnya serum, toner) sebelum menggunakan pelembap. Ini akan membolehkan mereka menyerap dengan betul.

Waktu terbaik untuk mencuci muka adalah sekali pada waktu pagi, dan sekali lagi di waktu petang (sebelum tidur). 

Sapukan pelembap wajah kita selepas mencuci muka dan lap lembut muka kita dengan tuala, sebelum kulit mengering.

Bergantung kepada jenis pelembap pelembap yang kita gunakan (Sama ada untuk kulit kering, berminyak atau kombinasi), Pelembap untuk kulit berminyak yang mempunyai tektur ringan boleh meresap lebih cepat ke dalam kulit dan memerlukan kuantiti yang lebih banyak untuk keseluruhan muka. 

Manakala pelembap untuk kulit kering (Webmd.com) yang bertekstur tebal dan pekat lambat diserap kulit, dan  hanya memerlukan kuantiti sedikit untuk menyapu keseluruhan muka.

Kesimpulan mengenai pelembab terbaik untuk kulit muka kita.

Semoga perkongsian ringkas dari Mama memberikan manfaat kepada anda semua.

Mama buat sedikit ringkasan sebelum mengakhiri artikel ini.
  1. Sebelum membeli moisturizer, pastikan kita tahu jenis kulit muka.
  2. Gunakan ujian mudah yang Mama berikan di atas untuk mengetahui jenis kulit. Sama ada kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.
  3. Pilih moisturizer yang sesuai dengan kulit. Ambil tahu jenama yang ada di pasaran. Bandingkan harga di drugstore dan online.
Terima kasih kerana membaca sehingga ke akhir artikel. Jumpa lagi. di lain kali.
Previous Post Next Post

Contact Form