Jerawat di dagu? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan tanpa tinggal parut!

Jerawat tumbuh lagi di dagu? Entah apa punya.
cara menghilangkan jerawat di dagu
Imej: Seoultouchup.com

Semua orang ada masalah jerawat batu, daripada remaja, belia hinggalah orang tua.

Perbezaannya pada banyak atau sikit saja. 

Dan melalui perubatan tradisional & moden, lokasi jerawat batu muncul di muka kita boleh menjadi tanda sesuatu yang tak kena berlaku di dalam badan.

Terutama sekali kalau ia keluar di tempat yang sama setiap bulan. Contohnya jerawat di dagu dan leher.

Hari ini Mama mahu berkongsi tentang jerawat di dagu. Apa punca & bagaimana untuk elakkan ia keluar lagi dari rumah.
Baca sungguh sungguh artikel ini supaya bahagian dagu anda licin & bersih tanpa jerawat!




Jerawat di dagu & Cara menghilangkan dengan selamat! 





Kita dah pun rajin mencuci muka dengan pembersih, sudah menggunakan semua losyen, ubat ubatan yang telah diberikan doktor untuk dimakan.

Tapi jerawat di dagu masih keluar. 

Sebenarnya, masalah ini membelenggu ramai lelaki & terutama sekali wanita.

Kajian menunjukkan 1 dari 3 daripada wanita berusia 31-40 tahun, dan 1 dari 10 wanita berusia 40-50 menderita jerawat


cara menghilangkan jerawat di dagu leher
Imej: Narcity.com
Bagi masalah masalah jerawat di dagu, sekiranya kita tahu punca yang menjadi dalang durjana.

Lepas itu kita halang punca tersebut, mesti dagu kita semakin cantik kan? Wajib jaga nikmat kulit pinjaman ilahi.

Pantang membuang masa, mari kita lihat penyebabnya.

Punca Jerawat Di Dagu Dan Rahang! Memang Tak Sangka.

"Setiap kali datang period, mesti jerawat naik di kawasan dagu. Kenapa ya?"

Mesti ada dari kita yang perasan tanda di ataskan. Dan inilah penyebab masalah jerawat banyak di kawasan dagu, perubahan hormon dalam badan wanita.

Terutama sekali bagi wanita berusia di atas 25 tahun.




Keadaan ini boleh di sahkan dengan melihat jenis jerawat yang keluar. Perhatikan sama ada ia dari jenis
  • Jerawat cystic lebih di kenali sebagai jerawat batu. (Lihat gambar di bawah). 



jerawat di dagu jenis cystic batu

  • Jerawat Comedone atau lebih di kenali sebagai jerawat pasir. (Rujuk gambar di bawah)


jerawat di dagu jenis comedonal

Apabila perubahan hormon berlaku kesannya kulit di bahagian bawah dagu mengeluarkan lebih banyak minyak dari biasa.

Tapi itulah, minyak yang banyak ini boleh tersumbat kerana kotoran / kuman yang datang dari tangan / permukaan yang tidak bersih. Tak kiralah di rumah atau semasa kerja.

Sedar atau tidak, tangan kita kerap menyentuh kawasan dagu sepanjang hari.

Tak kiralah jika kita termenung jauh, menongkat dagu, atau pun menutup mulut kerana bersin.

Semua ini menyumbang tau.




Lebih teruk lagi kita gatal tangan memicit jerawat di kawasan dagu dan menyebabkan bakteria merebak. Menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Jangan sesekali picit jerawat ya. Pakai skincare anti jerawat.

Jadi, sekarang ini kita dah tahu penyebabnya adalah gangguan hormon.


Mungkin ada perkara yang kita lakukan seharian menyebabkan gangguan ini tanpa di sedari.


Mama kongsikan di bawah antara perkara yang menjadi sebab perubahan hormon.



Teringin nak beli skincare jerawat berkesan? Cuba tips ini untuk jimat sehingga RM1,000 sebulan.


4 Perkara yang menyebabkan perubahan hormon & masalah jerawat di bawah dagu.

Semua ini boleh menjadi sebab naiknya jerawat. Dalam 4 ini, no 1 paling serius.


4. Tidur yang kurang berkualiti.


Tidur sangat mempengaruhi sistem badan kita. Mama pernah dengar antara rekod Guiness World Book of Records tidak benar lakukan ialah untuk kategori menahan tidur.



Ini kerana ia boleh membawa maut.



Sampai macam tu kesan tak cukup tidur.

Dan dari  kajian, tekanan psikologi seseorang boleh meningkat sebanyak 14% untuk setiap 1 jam tidur malam yang kita hilang.

Tak kiralah apa puncanya, terlebih minum kopi, cuaca panas di bandar seperti KL & Shah Alam ke, atau terlalu risau.

Kita tetap perlu rehat secukupnya.

Apa kaitan kurang tidur berkualiti dengan masalah jerawat di rahang?
  • Kekurangan tidur boleh menyebabkan keadaan tidak normal dalam struktur dan fungsi kulit.
  • Tidur yang tidak mencukupi meningkatkan rintangan sulin. Satu keadaan di mana badan kita tak dapat membakar gula / glukosa dalam badan dengan baik. Gula dalam darah yang tinggi salah satu sebab utama jerawat.
  • Dan semestinya punca utama kencing manis yang tiada ubat untuk sembuh.

3. Pengambilan Pil Perancang Keluarga


Mengambil pil perancang akan menggangu keseimbangan hormon dalam badan wanita.

Sebab itu kitaran haid jadi tak menentu selepas makan pil ini.

Antara kesan sampingan memakan pil ini ialah jerawat tidak naik, kenapa ya?

Ini disebabkan hormon yang ada dalam pil perancang akan mengurangkan tahap hormon androgen dalam badan.

Menyebabkan pengurangan minyak & sebum di bawah dagu.

Tapi, andai kata kita nak tambah anak & berhenti makan pil ini. Paras hormon androgen akan kembali seperti biasa.

Menyebabkan lebihan minyak di dagu & jerawat pun naik semula.


Kenapalah anak dia tu pandai? Ini semua bukan salah keturunan. Baca buku ini untuk rahsia anak cepat membaca.

2. Kitaran haid / Datang bulan. 

Badan lelaki dan perempuan memang Allah SWT jadikan berbeza. Terutama sekali bahagian kitaran haid.

Dalam 2 minggu sebelum datang haid, badan wanita akan meningkatkan pengeluaran hormon estrogen & progesteron.

Tujuannya untuk mempersiapkan rahim untuk kehamilan.

Waktu ini jerawat boleh naik dengan banyak di dagu kerana apabila 2 hormon ini meningkat, kelenjar minyak kawasan rahang menghasilkan lebih banyak sebum.

Dan akhir sekali.

Penyebab utama yang selalu menaikkan jerawat. Apakah ia?

1. Tekanan perasaan / Stress

Selalunya bila kita banyak kerja di pejabat, atau ada masalah dengan suami risiko jerawat naik memang tinggi.

Betul kan.

Dah lah hati tak senang, tiba tiba naik pula jerawat. 

Tambah lagi stress di dada. Kan kan. 

Semasa kita tertekan, tahap hormon kortisol yang menjadi penyebab tekanan & radang akan naik.

Kesannya akan mengakibatkan pengeluaran minyak yang berlebihan di permukaan kulit.

Jadi, sekarang kita dah tahu 4 punca utama penyebab naiknya jerawat di rahang & dagu.

Macam mana ni kita manfaatkan ilmu ini untuk


Cara Menghilangkan Jerawat Di Dagu Yang Berkesan?

Ada perkara dalam kawalan kita, dan sebaliknya. Di bawah ini petua untuk kita kawal perubahan hormon.

Supaya jerawat segan nak muncul.


jerawat di dagu punca
Imej: Dietbi.com


1. Kawal Stress Dengan Bersenam

Stress pun boleh di kawal, ada banyak cara berkesan untuk hilangkan tekanan. Antara yang terbukti dengan sains ialah pergi bersenam.

Ya, keluarkan peluh. Kerana badan kita akan keluarkan hormon oksitosin untuk menenangkan fikiran.

Oksitosin ni berlawanan fungsi dengan hormon kortisol. Satu untuk tenang, satu untuk stress. Jadi, bila mula rasa tertekan cepat cepat ambil peluang berjoging di taman.

Kita mesti akan rasa lebih lega. Hasilnya stress turun dan jerawat pun tak keluar.

2. Berjumpa dengan pakar kulit.

Masalah jerawat bukan perkara besar. Nak selesaikan pun skincare banyak di jual di kedai & farmasa. Harga ada yang murah & mahal.

Boleh buat pilihan.

Tapi.

Jika ubat ubatan & skincare untuk kulit berminyak / jerawat yang di jual di farmasi tidak juga berkesan.

Ini masanyanya untuk berjumpa dengan pakar dermatologi untuk rawatan jerawat menggunakan ubat yang lebih kuat dari preskripsi mereka, seperti antibiotik, benzoyl peroksida, krim atau retinoid oral.


Apa yang penting, semua ini mesti di pantau oleh mereka yang bertauliah. Jangan percaya dengan sebarangan orang tau.

3. Berdisiplin menjaga kebersihan diri 

Selain itu, kita wajib menekankan penjagaan kebersihan. 

Cuci muka kita 2 kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan dari kulit kita. 

Pencuci muka yang mengandungi bahan seperti asid salisilik, asid glikol dan benzoyl peroksida. Macam macam jenama ada. Nak murah pakai safi. Yang mahal pakai youth.
  • Membantu menghilangkan sel-sel mati dari permukaan kulit kita
  • Menghilangkan minyak berlebihan tanpa mengganggu keseimbangan pH kulit.

Tapi, sekiranya kita sedang hamil, cuba cari pencuci muka yang menggunakan bahan selamat. Kalau boleh DIY lagi bagus.

Pada kebiasaannya, produk skincare yang di jual di drugstore & farmasi seperti Watson & Guardian pun sudah memadai.

Andai kata, dah puas pakai produk yang pelbagai.

Tapi jerawat masih juga naik di dagu.



4. Mengamalkan diet & makanan yang sihat!

Selain itu, cuba lihat mana mana faktor penyebab yang mempengaruhi perubahan hormon kita. 

Kita boleh mengambil makanan tertentu yang mempunyai manfaat untuk meningkatkan dan mengurangkan keradangan.

Atau bantu lebih tenang & tenteram. Makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 & vitamin B boleh membantu kita mengawal mood dengan lebih baik.

Sebab itu kita di galakkan makan makanan sunnah seperti minyak zaitun, kurma, kismis dan buah tin.

Buah buahan yang di sebut di dalam al quran juga kaya dengan khasiat, contohnya anggur, buah delima dan buah pisang.

Daripada kita mengambil makanan segara yang kaya dengan asid lemak omega 6, yang menyebabkan radang. Dan juga tinggi dengan gula & garam yang menyebabkan kerintangan insulin. (Semua faktor ini menggalakkan jerawat naik)

Lebih baik kita mengubah diet untuk mendapatkan kulit yang jelas.

5 Makanan untuk menghilangkan jerawat di dagu bawah bibir! Mesti licin lepas ni.

Mama percaya makanan yang kita ambil seharian, membawa kebaikan.

Seperti yang disebut Allah SWT dalam Al Quran.


"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf:31)

Sama seperti makanan segera, makan sikit tak mengapa.

Berlebihan garam, gula & lemak membawa penyakit.

Rasulullah SAW juga ada di riwayatkan.


"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat muslim)

Jadi, apakah makanan yang sihat untuk di amalkan, dan membantu kita mengawal jerawat di dagu?

Di bawah ini ada 5 jenis makanan terbaik untuk di amalkan.


5. Sayur-sayuran hijau.

Sayur seperti bayam, brokoli dan sawi sangat bagus untuk kesihatan kulit. 

Ia kaya dengan klorofil yang membantu badan menghapuskan bakteria & toksin dari saluran pencernaan & aliran darah.



4. Makanan kaya zink.

Mineral zink adalah unsur surih yang diperlukan badan dalam kuantiti kecil.

Tapi, kekurangan zink dalam diet akan memudaratkan kesihatan.

Terutama sekali untuk kulit.

Ambil makanan seperti
  • Kerang
  • Kuaci / Biji bunga matahari 
  • Biji labu
  • Kekacang
Manfaat zink untuk menghilangkan jerawat memang besar. 
  • Zink membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
  • Mineral ini mengurangkan tindak balas radang kepada bakteria.
  • Melindungi kulit kita dari faktor alam sekitar seperti pencemaran.


3. Makanan yang menurunkan paras hormon testosteron.

Hormon testeron adalah hormon yang penting untuk lelaki. Tetapi, wanita juga ada hormon ini dalam badan.

Diet yang di amalkan sangat mempengaruhi paras hormon testosteron dalam badan wanita. 

Kenapa kita nak turunkan paras hormon ini dalam badan adik & akan manis?

Kulit kita akan menukarkan testosteron kepada dihydrotestosterone (DHT), hormon yang merangsang lebih banyak pengeluaran jerawat.

Amalkan makanan di bawah ini untuk turunkan hormon testeron

  • Ikan air sejuk yang kaya dengan asid lemak omega 3. Contohnya ikan salmon, sardin tenggiri & tuna.
  • Kekacang seperti badam & walnut.
  • Adik beradik herba mint. Contohnya peppermint & spearmint.
  • Flaxseed.

2. Buah & sayur yang kaya dengan Beta carotene.

Beta karoten adalah sumber vitamin A yang penting, wajib ada dalam diet kita setiap hari.

Badan kita akan menukarnya kepada retinol, yang membantu menjaga kadar kolagen dalam sel kulit supaya seimbang.

Ini akan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.

Antara sumber beta caroten yang baik ialah buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna jingga seperti
  • Lobak merah
  • Aprikot.
  • Mangga. 

1. Makanan yang kaya dengan probiotik.

Daripada kajian yang di jalankan saintis, persekitaran di dalam usus boleh mempengaruhi keradangan di seluruh badan.

Dan ini boleh menyebabkan masalah jerawat batu banyak naik. Saintis yakin pengambilan probiotik boleh membantu mengurangkan jerawat.

Ini kerana probiotik dapat mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif.

Sumber probiotik paling mudah adalah madu & yogurt.



Kesimpulan tentang jerawat di dagu & cara menghilangkan yang berkesan!

Sekarang kita sudah tahu, punca jerawat di bawah bibir (kawasan dagu & rahang) disebabkan oleh perubahan hormon.

Kita juga sudah tahu 4 punca utama yang biasa menyebabkan perubahan hormon.

Seterusnya, amalkan saja tips untuk menghilangkan jerawat yang di berikan.

Nak hapuskan sepenuhnya memang mustahil.

Tapi nak kawal memang boleh.

Mama ucapkan selamat mencuba. Sebarang pendapat & pengalaman boleh kongsi di ruangan komen.

Jumpa lagi. 1006
Previous Post Next Post

Contact Form